Kuala Lumpur, 11 Okt 2024, 9.00 malam – TIADA sambutan ditempat perniagaan baharu merupakan perkara biasa didalam dunia perniagaan. Ini disebabkan perniagaan yang dijalankan ditempat lama sudah sebati dengan jiwa peniaga dan lokasinya telah dikenali ramai sejak dari tapak perniagaan itu dibuka. Selain itu pelanggan juga sudah biasa berbelanja ditempat lama dan juga mungkin kerana banyak kemudahan yang terdapat ditapak perniagaan yang lama membuatkan mereka merasa janggal untuk berbelanja ditempat baru.
Inilah yang berlaku kepada Kompleks Pasar Raja Bot yang sehingga kini masih sepi tanpa kunjungan pelanggan walaupun ia telah siap sepenuhnya dengan berbagai kemudahan yang baru dan indah. Sebelum ini para peniaga tersebut berniaga dipasar Chow Kit dan masih lagi berminat untuk berniaga ditapak lama itu.
Mengikut seorang peniaga, sepanjang berniaga ditapak perniagaan yang baharu, pendapatannya telah jatuh merosot dan ia merupakan perkara paling buruk yang berlaku didalam dunia perniagaannya. Namun, dia percaya, faktor lain yang menyebabkan kemerosotan perniagaan ditapak baharu itu adalah harga barang dan pembekal semakin naik dan tanpa kunjungan pelanggan maka modal perniagaan tidak berbalik jauh sekali untuk mendapat keuntungan.
Alasan lain yang diberikan mengapa mereka lebih suka ditapak perniagaan lama adalah, semua premis barangan terletak ditempat yang sama dan hanya perlu berjalan sahaja untuk membeli barangan yang kurang atau kehabisan.
Banyak perbezaan yang boleh dibandingkan diantaranya termasuk waktu perniagaan bermula 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari sahaja ditempat baru berbanding dengan waktu perniagaan ditempat lama iaitu boleh terus berniaga dari pagi hingga pukul 6.00 petang.
Disebabkan kurangnya sambutan pelanggan, para peniaga di Kompleks Pasar Raja Bot itu telah memendekkan waktu operasi perniagaan mereka. Adakala menu yang dimasak tidak habis dijual walaupun hanya sedikit sahaja yang dimasak.
Sebab-sebab lain yang menjadikan komplek Pasar Raja Bot itu tidak dikunjungi pelanggan, berkemungkinan, pelanggan dipremis perniagaan lama tidak tahu bahawa semua peniaga disana telah dipindahkan ke pasar baharu. Ini telah menambah masalah kepada peniaga ditempat lama untuk memberi penerangan mengenai operasi diKomplek Pasar Raja Bot.
Semenjak berniaga ditempat baharu, peniaga sentiasa merungut kerana kurang pendapatan disamping terpaksa membayar sewa premis , api, air dan pekerja disamping terpaksa menyara keluarga.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Masa BN Perintah, PH Tak Bagi Bayar PTPTN. Zaman PH Perintah , Kena Bayar pula.