Kuala Lumpur, 11 Okt 2024, 6.00 petang – KINI rata-rata rakyat mengatakan ” masa BN perintah, PH tak bagi bayar PTPTN, zaman PH perintah, kena bayar pula.” Apa terjadi kepada manisfesto tersebut? masih segar diingatan kita semua, sewaktu Barisan Nasional (BN) menerajui negara, berbagai cabaran dan tomahan dihadapi oleh kerajaan berkenaan dari pembangkang ketika itu yang dianggap sangat agresif iaitu Pakatan Harapan (PH) yang diterajui oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.
Isu penghapusan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjadi salah satu manisfesto utama sekiranya mereka berjaya memerintah Malaysia.
Kini, apabila PH menerajui negara, janji untuk hapuskan bayaran balik pinjaman tersebut tidak kedengaran lagi. Ada diantara pemimpin PH ketika itu mengeluarkan kata-kata pinjaman pelajaran seperti PTPTN seharusnya diberi percuma kerana tidak mahu membebankan pelajar dan keluarga mereka untuk membayar balik sesudah tamat pengajian nanti. Lebih menghairankan, tidak ada seorang pun dikalangan pemimpin PH dimasa ini yang menyentuh mengenai perkara tersebut.
Baru-baru ini, didalam satu wawancara, salah seorang menteri dari DAP iaitu Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming telah membuat gesaan supaya para peminjam PTPTN mengambil tanggungjawab untuk membuat bayaran balik pinjaman dari tabung tersebut kerana jumlah pinjaman yang belum dibayar sudah tertunggak sebanyak RM6 bilion.
Menurut beliau sikap tidak mahu membayar balik pinjaman ibarat mencuri masa depan generasi muda. Ini amat melucukan kerana perumpamaan seperti yang disebut tidak dinyatakan sewaktu zaman BN memerintah dulu. Malah, pemimpin PH telah mengheret rakyat untuk membuat bantahan dijalan raya yang amat memalukan negara ketika itu.
Nga Kor Ming berkata, “Negara memerlukan rakyat yang bertanggungjawab. Jika pinjam, kena bayar balik.“Ini prinsip asas semua orang boleh faham. “Jangan jadi 436,000 orang yang pinjam PTPTN tapi enggan bayar sehingga hutang tunggakan PTPTN sudah lebih RM6 bilion. Tolonglah jangan curi masa depan generasi muda,”
Persoalannya disini, mengapa beliau tidak mengatakan ungkapan seperti ini sewaktu dizaman BN memerintah? Sekiranya desakan dibuat dari dahulu, sudah pasti tunggakan bayaran balik pinjaman tidak akan menjadi sejumlah RM6 billion iatu satu jumlah yang sangat tinggi.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Lambakan Warga Asing Memburukkan Wajah Kuala Lumpur Dan Selangor.