Jangan Buka Aib Sendiri Dan Aib Orang Lain.
Menjaga Aib Sendiri Dan Menjaga Adalah Satu Tuntutan Didalam Agama Islam.

Kuala Lumpur, 09 Okt 2024, 9.00 malam  – SELAGI kita bernama manusia, sudah pasti ada kekurangan dan akan melakukan kesilapan. Namun, sudah menjadi kewajipan pada diri kita untuk menutupinya dari menyebarkannya walaupun ia merupakan kekurangan dan kesilapan orang lain. Ini kerana menjaga aib sendiri dan menjaga aib orang lain adalah satu tuntutan didalam agama Islam. Jangan dibuka aib sendiri dan aib orang lain kerana Allah akan membalasnya dengan cara yang sama.

Menjaga aib sesama Muslim adalah tuntutan penting dalam Islam yang perlu kita hayati. Setiap daripada kita pasti ada kekurangan dan kesilapan, namun menjadi kewajiban kita untuk menutupinya, bukan menyebarkannya.

Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat.” Hadis riwayat Imam Muslim (2590)

Hargailah hubungan sesama kita dengan saling menjaga maruah dan kehormatan. Tidak kira sama ada hubungan sebagai saudara, sahabat, jiran apatah lagi hubungan suami dan isteri. Ingatlah, membuka aib orang lain hanya akan mencipta jurang dan merosakkan ukhuwah.

Sejak kebelakangan ini, isu penceraian dikalangan artis semakin mendapat liputan luas dimedia sosial. Didalam kesedihan akibat berlaku penceraian, ada dikalangan pasangan artis tersebut mungkin secara tidak sedar telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pasangan masing-masing.

Apabila berlaku ungkit mengungkit, maka terbukalah semua rahsia sewaktu bersama didalam rumahtangga. Ia termasuk dakwaan tidak cukup pemberian nafkah yang sepatutnya menjadi rahsia rumahtangga dan kekurangan dan kesilapan masing-masing.

Sebenarnya sikap netizen juga tidak bagus kerana terlalu bercakap dan mengembar gemburkan kisah rumahtangga pasangan artis tersebut sehingga ianya menjadi lebih besar dan lebih sensasi. Secara tak langsung aib dan kekurangan pasangan tersebut telah tersebar walaupun pada asalnya ia adalah pengakuan yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak.

Sebaik-baiknya netizen berilah ruang kepada pasangan tersebut untuk muhasabah diri. Biarkan isu rumahtangga mereka menjadi reda dan jangan diganggu privasi mereka diwaktu yang menyedihkan ini. Allah beri kita akal fikiran yang baik dan gunakanlah untuk perkara-perkara yang baik. Hentikan perbuatan menjadi agen sebaran aib dan kekurangan orang lain

Semoga kita tergolong dalam golongan yang dilindungi Allah SWT dengan menjaga aib sendiri dan aib saudara-saudara kita.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Ketua Pemuda PAS Selangor Membuat Kenyataan Bodoh Dan Sombong ?