Kuala Lumpur, 09 Okt 2024, 2.00 pagi – SETIAUSAHA Politik Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, kenyataan yang dibuat oleh Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar adalah kenyataan yang bersifat bodoh dan sombong apabila Mohamed Sukri Omar telah mengaitkan banjir di negeri itu dengan pelaburan negeri yang tinggi.
Mohamed Sukri mendakwa penduduk Selangor telah jemu melihat banjir yang tiada kesudahannya walaupun menerima peruntukan tebatan banjir paling tinggi.
Mohamed Sukri seterusnya berkata, Selangor dianggap negeri paling maju namun sangat memalukan apabila masih berdepan dengan masalah banjir yang agak kerap melanda.
Mohamed Sukri mengulas lagi iaitu, bagi suku pertama 2024, Selangor gagal menempatkan diri dalam lima tempat tertinggi disebabkan banjir yang sering melanda maka tidak mustahil para pelabur tidak lagi mengemari negeri tersebut untuk tujuan pelaburan.
Alasan Mohamed Shukri untuk berkata begitu adalah, pada 2022 Selangor berada di tangga kedua dalam menerima pelaburan asing bagi sektor pembuatan, tetapi kemudian jatuh ke tangga ketiga pada 2023.
Sewaktu Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri iaitu pada tahun 2022, Selangor telah menerima peruntukan tebatan banjir sebanyak RM6.3 billion manakala Perdana Menteri terkini iaitu Anwar Ibrahim telah mengumumkan RM1.1 bilion bagi projek tebatan banjir pada tahun lalu.
Saifuddin dalam maklum balasnya berkata, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Selangor meningkat kepada 25.9 peratus pada tahun 2023. Data ini telah dikeluarkan oleh Jabatan perangkaan Malaysia yang turut mencatatkan KDNK untuk negeri tersebut adalah sebanyak 25.5 peratus pada tahun sebelumnya.
Dengan pertambahan KDNK negeri Selangor dalam dua tahun berturut-turut, telah menepis dakwaan bahawa pelabur kurang berminat terhadap Selangor adalah tidak tepat dan bersifat naif.
“Ternyata Selangor yang dipimpin Datuk Menteri Besar Selangor dibantu para Exco dan pimpinan pelabagai jabatan serta agensi sentiasa memberikan komitmen penuh dengan memastikan kesiapsiagaan jentera bantuan kerajaan berfungsi dalam prestasi terbaik setiap kali menjelang musim peralihan Monsun Timur Laut,” katanya.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: