
Kuala Lumpur, 30 Sept 2024, 11.00 malam – DI DALAM satu sesi dialog bersama Jabatan PAS Luar Negara, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man telah ditanya berkenaan Global Ikhwan Sdn BHD ( GISBH), dan status terkini mengenai siasatan yang sedang dijalankan.
Pada pandangan beliau, terlalu ramai yang mengulas mengenai isu siasatan syarikat tersebut seperti mereka benar-benar bersalah dan telah dijatuhkan hukuman.
Seharusnya serahkan sahaja kepada pihak polis, agensi penyiasat dan pihak yang berkuasa agama untuk menjalankan siasatan lengkap sehinggalah ke peringkat mahkamah jika perlu.
Apa yang berlaku sekarang adalah “budaya” membuat keputusan terlebih dahulu sebelum mahkamah membuat sesuatu keputusan. Beliau berkata perbuatan seperti ini sebaiknya dihentikan.
Tuan Ibrahim berkata, selain hakim, pihak seperti badan penyiasatan tidak mempunyai autoriti (kuasa) untuk membuat keputusan samada sesuatu pihak itu bersalah atau tidak.
Beliau mengulas lebih lanjut dengan mengatakan budaya menjatuhkan hukuman sebelum ditentukan oleh mahkamah jelas bercanggah dengan kaedah berasingan kuasa yang menjadi teras didalam negara.
Seterusnya Tuan Ibrahim berpendapat, adalah lebih malang jika pihak yang membuat penyiasatan terus menjatuhkan hukuman seolah,-olah telah bersalah.
Perkara seperti itu akan menambah tekanan kepada pihak mahkamah supaya seiring (bersama) dengan keputusan yang dibuat oleh pihak tersebut. Walhal, tugas mereka hanyalah untuk mencari bukti sahaja untuk dibawa ke mahkamah.
Tuan Ibrahim bukan sahaja merujuk kepada isu GISBH, tetapi didalam apa juga kes, mahkamah adalah tempat untuk orang ramai bergantung harap bagi menegakkan keadilan.
Tuan Ibrahim juga menegaskan budaya ‘penyiasat’ terlajak dalam membuat keputusan perlu dihentikan bagi mendapat keputusan yang lebih adil.
Ia juga penting untuk menguatkan pengasingan kuasa didalam dasar-dasar negara. Serahkan semuanya kepada mahkamah untuk dipertimbangkan dalam membuat keputusan dan tindakan yang sebenar-benarnya mengikut peruntukkan undang – undang yang sedia ada.
Oleh: YB Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Timbalan Presiden PAS.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita :
Zambry Meluangkan Masa Berkenalan Dengan Kanak-Kanak Pintar, Izz Imil.