Zambry Meluangkan Masa Berkenalan Dengan Anak Pintar, Izz Imil.
Zambry singgah ke Universiti Malaya (UM) untuk bertemu sendiri dengan anak pintar, pelajar cemerlang berusia 12 tahun, adik Izz Imil yang yang telah mendaftar masuk sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik, Fakulti Sains Universiti Malaya.

Kuala Lumpur, 30 Sept 2024, 6.00 petang – MENTERI Pendidikan Tinggi, Dr Zambry Abdul Kadir, petang tadi telah meluangkan masa melawat adik Izz Imil di Universiti Malaya. Anak pintar berusia 12 tahun itu telah diterima masuk  sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik, Fakulti Sains Universiti Malaya.

Menurut Zambry, Beliau telah dimaklumkan mengenai pendaftaran masuk adik Izz Imil ke Universiti tersebut pada hari semalam dan, pada petang ini beliau tidak mahu terlepas peluang untuk berkenalan dan mengetahui lebih lanjut tentang diri kanak-kanak pintar itu.

Turut hadir didalam pertemuan singkat itu adalah ibu bapa Izz Imil dan juga Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman. Dari perwatakan adik Izz dapat dilihat, dia juga seperti kanak-kanak lain, ceria dan sangat petah berkata-kata.

Apa Yang lebih menarik didalam perbualan diantara beliau dan adik anak pintar itu, dihabiskan dengan menghayati  minatnya terhadap matematik yang sangat mendalam sehinggakan waktu perkenalan mereka hanya berkisar tentang nombor sahaja.

Zambry telah dimaklumkan pengambilan ini telah melalui proses temuduga dengan Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan oleh universiti dan diluluskan Senat Universiti. Pihak Universiti Malaya telah merancang satu persekitaran yang kondusif dan baik untuk adik Izz supaya  dapat belajar dengan tenang dan dapat memberikan tumpuan.

Sama-sama kita doakan agar adik Izz Imil dapat belajar dengan baik seterusnya menjadi pelajar cemerlang dan mampu menjadi contoh  terbaik kepada masyarakat dan negara. Kepada adik Izz Imil,

Dakhir kata, Beliau berharap dapat bertemu lagi dilain waktu dengan berbagai lagi ‘game trick’ yang akan dilakukan bersama-sama.

#KPT
#MalaysiaMadani
#Prezcom