Kuala Lumpur, 01 Okt 2024, 11.00 malam – TUN Dr Mahathir Mohamad iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 dan ke-7, bercerita dan meluahkan pandangan mengenai UMNO dihari ini. Beliau bagaikan bertanya kepada parti Umno yang pernah dipimpinnya selama berpuluh tahun itu. Apakah erti perjuangan sekarang?
Beliau berkata, UMNO ditubuh sebagai jentera untuk melawan cadangan Malayan Union British. Selepas beberapa ketika bersama Malayan Union itu, British telah bercadang untuk menghapuskan Tanah Melayu sebagai tanah yang dimiliki oleh orang Melayu.
Sepertimana keadaan di Pulau Pinang dan Singapura, British akan menerima masuk siapa sahaja dari luar Tanah Melayu untuk dijadikan warganegara supaya Malayan Union tidak lagi menjadi negara orang Melayu.
Disebabkan kemahuan dan semangat yang tinggi dikalangan orang Melayu dan mahu menjadi pemilik kekal kepada Tanah Melayu, orang Melayu telah mula bersatu didalam satu pertubuhan yang dinamakan Umno.
Dari mula parti Umno ditubuhkan, parti tersebut tidak pernah patah semangat untuk menentang British sehinggalah Malayan Union tergugur.
Tun Dr mahathir dipetik sebagai berkata, perjuangan yang ditunjukkan oleh ahli dan pemimpin Umno pada waktu itu adalah perjuangan yang ikhlas kerana sayangkan bangsa, agama dan tanah air, bukan untuk ‘cari makan’ dengan menyertai Umno.
Bukan sahaja menunjukkan keikhlasan didalam perjuangan, malah sanggup berkorban apa sahaja untuk mencapai kebebasan. Demi bangsa, agama dan negara, harta dan nyawa sanggup dipertaruhkan. Begitulah kata-kata perumpamaan yang menggambarkan perjuangan nenek moyang kita dahulu.
Apabila Malayan Union diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu, disitulah bermulanya tuntutan kemerdekaan negara kita. Pada bulan Ogos 1957, Malaya telah mencapai kemerdekaan.
Pada pandangan beliau, zaman sekarang perjuangan parti yang bernama UMNO sudah bertukar. Perjuangan ahli dan pemimpin didalam Umno hanyalah untuk mendapat ganjaran. Biarlah tanah pusaka ini tidak lagi menjadi milik orang Melayu asalkan pemimpin dapat RM30,800 sebulan sebagai Ahli Dewan.
Beliau menambah lagi, apa yang penting sekarang didalam Umno adalah ‘duit’. Walaupun terpaksa menyokong dasar yang bertentangan dengan parti iaitu menyokong dasar-dasar yang dimahukan oleh musuh parti, Umno akan menyokong.
Inilah Umno sekarang. Hanya Umno pada nama sahaja. Tetapi perjuangan bukan untuk bangsa, negara dan agama. kalau pun perlu khianati parti tidak mengapa, asalkan dapat duit. Kepada yang tidak sanggup mengkhianati UMNO telah pun tinggalkan UMNO. 43 orang sudah tinggalkan UMNO. Katanya.
Kalau dahulu UMNO menang 80-90 kerusi tetapi sekarang UMNO (PRU15) hanya mrmenangi 26 kerusi sahaja. Apa perjuangan 26 wakil rakyat yang tinggal kini? Beliau berkata, tanyalah diri sendiri.
Dipetik dari Facebook Tun Dr Mahathir Mohamad – 01 Oktober 2024.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Ketua Pesuruhjaya SPRM Berkongsi Kejayaan Membanteras Rasuah Dalam Negara.