Onn Hafiz Mengucapkan Terima Kasih Kepada Pengundi Dun Mahkota.
Datuk Onn Hafiz Ghazi mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi Barisan Nasional diatas kemenangan yang besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Mahkota.

Kuala Lumpur, 28 Sept 2024, 12.00 malam – PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Johor yang juga Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi Barisan Nasional diatas kemenangan yang besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu hari ini.

Kemenangan ini adalah disebabkan semangat kerjasama yang baik diantara jentera BN dan Pakatan Harapan (PH) yang berkempen dengan penuh semangat berpasukan bagi memenangkan calon BN.

Onn Hafiz berkata, sekiranya satu saf dirapatkan dan jalinan berkerjasama didalam pasukan dilaksanakan dengan baik,  hasilnya amat memberangsangkan.

Sambil mengucapkan kesyukuran diatas kemenangan tersebut, beliau berkata, Ini bukan usaha solo mana-mana parti sebaliknya usaha satu pasukan. Alhamdulillah, kita dapat membuktikannya di sini dengan sokongan rakyat,” katanya.

Onn Hafiz, yang juga Pengarah PRK DUN Mahkota berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman keputusan rasmi pilihan raya itu di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini malam ini yang turut dihadiri pemimpin BN dan PH.

Didalam pengumumannya oleh Onn Hafiz, Syed Hussien Syed Abdullah, memperolehi kemenangan bergaya dengan majoriti besar 20,648 undi, sekaligus mengekalkan kerusi DUN Mahkota.

Onn Hafiz juga berterima kasih kepada pucuk pimpinan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi BN serta jentera semua parti dalam Kerajaan Perpaduan yang bekerja siang malam sepanjang PRK itu.

Onn Hafiz dan BN mengucapkan terima kasih kepada para pengundi yang terus memberi mandat kepada BN. Diatas mandat yang diberikan dan seperti yang dijanjikan Syed Hussien akan terus bekerja untuk masyarakat,” katanya.

Dengan berakhirnya PRK Dun Mahkota ini, beliau meminta supaya semua pihak kembali kepada tugas masing-masing dan teruskan berkhidmat untuk negeri dan juga untuk negara sambil kerajaan dibawah pimpinannya akan terus menjaga kebajikan rakyat.

Beliau juga berharap, semua pihak dapat meningkatkan ekonomi dan membawa nama Johor ke tahap lebih tinggi dan membanggakan.

Kredit – Sinar

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Telefon Kuala Pilah. Telefon ‘Cap Ayam’ Berharga RM400.