Telefon Kuala Pilah. Telefon 'Cap Ayam' Berharga RM400.
Kaut keuntungan lumayan melalui aktiviti penipuan menjual telefon pintar ‘cap ayam’ mudah rosak di laman e-dagang.

Kuala Lumpur, 29 Sept 2024, 11.00 malam – KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama wakil pemilik cap dagang, telah membuat serbuan keatas sebuah premis di Kuala Pilah serta merampas telefon pintar yang diseludup dari China. Kegiatan sindiket itu dikesan  dengan mengaut keuntungan lumayan melalui aktiviti penipuan menjual telefon pintar ‘cap ayam’ yang mudah rosak di laman e-dagang.

Sindiket tersebut dikesan menyeludup telefon pintar lama atau rosak dari China  kemudian akan dibaik pulih hingga kelihatan seperti produk baharu dan dijual untuk pasaran tempatan dengan harga bawah RM400 berbanding harga asalnya sekitar RM1,000 seunit.

Hasil dari serbuan yang dilakukan,  KPDN telah menemui lebih 400 unit telefon pintar yang diragui ketulenannya selain aksesori tambahan termasuk pengecas telefon pintar. Kes disiasat mengikut seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019.

Modus operandi sindiket tersebut, akan format semula telefon itu dan mengekekalkan nombor identifikasi setiap telefon pintar atau IMEI dan kemudian memasukkanya ke dalam kotak berlabel bagi menampakkan ia seolah-olah telefon pintar baharu,

Telefon pintar itu akan ditawarkan melalui laman e-dagang pada harga yang lebih murah dari harga pasaran. Pembeli yang menyedari mereka ditipu apabila menggunakannya hanya beberapa bulan sahaja kemudian akan mengalami kerosakkan. Lebih malang lagi, mangsa gagal mendapat ganti rugi berikutan ia tidak dilindungi jaminan dari pengedar sah.

Ketua Cawangan KPDN Kuala Pilah, Ahmad Khuzairi Salamat berkata, pihak pemilik cap dagang telah mengesyaki berlaku kesalahan berkaitan barang tiruan. Pemilik cap dagang itu juga melakukan pemantauan sendiri dan mendapati berlakunya urusan jual beli menggunakan jenama mereka.

Pihak KPDN Kuala Pilah telah mendapat waran dan melakukan serbuan. Mereka turut merasa terkejut kerana kegiatan ini berlaku di daerah ini. Mungkin kerana kegiatan ini dijalankan secara atas talian.

Sebelum ini KPDN turut membongkar sindiket penyeludupan telefon pintar tiruan membabitkan pelbagai jenama  dan menjadikan penduduk luar bandar sebagai sasaran penjualan.

Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Operasi) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Shamsul Nizam Khalil berkata,

“Mengikut Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu yang mempunyai dalam jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan produk tiruan yang memiliki cap dagangan berdaftar.

Denda RM10,000 bagi setiap barangan tiruan dijual selain penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Itu hukuman berat menanti individu menjual atau mengedar barangan tiruan,” katanya.

Kredit – Metro

#Prezcom

Lebih Banyak Berita: