
Kuala Lumpur, 18, Sept 2024, 9.00 – PENGARAH Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Ab Samad berkata, Begitu lama Umno dan PH bersaing dengan sengit di arena politik, akhirnya Umno sudi menerima Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan menubuhkan Kerajaan Perpaduan. Khalid Ab Samad, secara terbuka mengucapkan terima kasih kepada Barisan Nasional (BN) kerana sanggup mengetepikan kepentingan parti.
Khalid berkata, secara peribadi beliau dan parti Amanah serta PH, berterima kasih kepada BN kerana sudi berkongsi kuasa. Mungkin ada diantara ahli-ahli Umno yang masih tidak selesa dengan pengabungan ini, namun, daripada pihak PH mereka masih berbesar hati diatas penerimaan tersebut.
Beliau menambah lagi, ahli politik yang berkualiti sentiasa ada naluri yang kuat, untuk mencari kedamaian dan menjalin kerjasama demi rakyat.
“Oleh itu, saya secara terbuka nak ucapkan terima kasih kepada UMNO kerana bersama PH membentuk kerajaan dan utamakan kepentingan negara bukan kepada parti politik masing-masing,” katanya ketika berucap di pentas Ceramah Perpaduan Mahkota ‘Grand Finale’ di sini, pada Jumaat.
Pada pandangan beliau, BN boleh memilih untuk bersama Perikatan Nasional selepas PRU- 15 dan pemimpin BN juga berpotensi untuk menjadi perdana menteri, namun anggup bentuk kerajaan dan terima PH dan Anwar sebagai Perdana Menteri demi kepentingan negara,”katanya.
Kerajaan Perpaduan terbentuk pada tahun 2022 selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tiada parti berjaya mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan.
Terdapat 18 parti yang bernaung dibawah Kerajaan Perpaduan terdiri daripada lima gabungan politik iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (Warisan) dan juga termasuk Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) tetapi menarik diri dari gabungan Kerajaan Perpaduan dan menyertai blok pembangkang.
Kredit – Sinar
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
MRSM Terendak Merupakan Maktab Rendah Sains Paling Daif Dalam Negara.