Kuala Lumpur, 27 Sept 2024, 12.00 malam – PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki telah membuat pemeriksaan mengejut ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak, Sungai Udang dan beliau telah kategorikannya sebagai MRSM paling daif dalam negara dengan pelbagai masalah kemudahan.
Ia termasuk keadaan tandas serta bilik guru yang ‘menyeramkan’. Pemeriksaan mengejut itu dibuat ekoran kejadian 48 pelajar dilaporkan mengalami keracunan makanan. Pada pandangan beliau, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kepada sekolah yang mempunyai seramai 663 pelajar.
Menurut Asyraf, 39 daripada 57 MRSM yang telah beliau lawati, MRSM Kem Terendak adalah paling daif dimana tandas dan bilik guru tidak boleh digunakan langsung. Beliau telah memandang begitu serius tentang perkara ini.
Beliau juga telah mengarahkan pengetua MRSM tersebut untuk membuat senarai barangan serta kemudahan lain yang tidak boleh digunakan lagi dalam tempoh sebulan dan pihaknya juga telah meluluskan peruntukan segera berjumlah RM400,000 bagi menyelesaikan isu tersebut.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KKDW 2024 yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, hari ini.
asyraf telah menerima laporan terdapat pelajar yang telah mengalami keracunan makanan di MRSM tersebut yang melibatkan pelajar daripada Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua dengan lapan orang pelajar dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, malam tadi.
Walau bagaimanapun pelajar-pelajar berkenaan telah mendapat rawatan dan dibenarkan pulang ke asrama selepas beransur pulih.
Hasil pemeriksaan oleh Pejabat Kesihatan Di Dewan Selera telah mendapati keadaan dapur begitu kotor dan terdapat najis tikus. Oleh itu, kompaun telah dikeluarkan terus kepada pengusaha makanan tersebut.
Kredit – Kosmo
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
MRSM Terendak Merupakan Maktab Rendah Sains Paling Daif Dalam Negara.