PRK Mahkota. Esok Adalah Hari Untuk Menunaikan Tanggungjawab.
Esok iaitu 28 Sept 2024, pengundi-pengundi berdaftar akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat mereka pada Sabtu selepas tempoh 14 hari berkempen dan tamat tengah malam ini.

Kuala Lumpur, 27 Sept 2024, 3.00 petang – ESOK iaitu 28 Sept 2024 merupakan hari yang dinanti-nanti oleh pengundi-pengundi berdaftar bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dimana penduduk akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat mereka pada Sabtu selepas tempoh 14 hari berkempen tamat tengah malam ini.

20 pusat melibatkan 109 saluran yang akan dibuka serentak pada 8 pagi hingga 6 petang dengan jumlah pengundi yang layak adalah sebanyak 61,397 sepertimana yang dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Calon dari Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah, mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana. Manakala calon dari Perikatan Nasional iaitu Mohamad Haizan akan mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Melayu.

Terserah pada para pengundi dikawasan tersebut untuk memilih siapakah yang layak untuk mewakili mereka bagi menyuarakan rintihan dan keperluan terutama dari segi pembangunan di DUN mereka.

Pengundi mempunyai pilihan sama ada calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah, 40, atau wakil Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar, 61, dengan kedua-duanya juga akan menunaikan kewajipan pada PRK itu.

Pada 15 September yang lalu, SPR telah membuat pengundian awal untuk anggota tentera dan pasangan serta polis, selain itu SPR turut mengeluarkan 607 undi pos.

Bagi PRK Dun Mahkota ini, SPR telah melantik seramai 1,126 petugas dan menubuhkan satu pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya (PP-KPR) bagi memantau aktiviti kempen dan bagi mengendalikan proses PRK ini agar berjalan dengan lancar.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan cuaca cerah dan elok tetapi dijangkakan akan berlaku ribut petir disebelah petang dengan suhu antara 23 hingga 33 darjah Celcius.

DUN Mahkota mula dipertandingkan pada 2004 dan telah melalui lima pilihan raya dengan empat daripadanya dimenangi BN.

Kredit – Sinar

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

JPN Mengingatkan Jangan Tertipu Dengan Bantuan Kewangan Melalui Mykad.