
Kuala Lumpur, 26 Sept 2024, 12.00 malam – JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan, jabatan itu tidak pernah memberi bantuan berbentuk wang tunai kepada mana-mana individu dan seterusnya menjelaskan bahawa hantaran-hantaran yang dibuat oleh pemilik akaun di platform TikTok itu adalah palsu.
Pihak JPN menjelaskan lagi bahawa maklumat mengenai bantuan kewangan kerajaan hanya boleh disemak di portal rasmi STR (bantuantunai.hasil.gov.my).
Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan hantaran yang meragukan dan sekiranya terdapat pautan atau link yang tertera jangan sesekali menekan jika tidak pasti.
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan JPN, orang ramai boleh menghubungi talian 03-8880 7077 atau emel ke pro@jpn.gov.my,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tular diberbagai platform sebelum ini gambaran cara untuk mendapat bantuan sehingga RM700 melalui MyKad.
Menerusi video itu, mereka meminta orang ramai untuk menyemak semakan di akaun itu dengan menyediakan pautan untuk ditekan yang dipercayai boleh menjadi mangsa scammer.
Kredit – Utusan
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: