Kuala Lumpur, 26 Sept 2024, 10.00 malam – MENTERI Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, seramai 430,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilaporkan tidak melakukan bayaran semula kerana kemungkinan telah menggunakan wang untuk amalan bermewah dengan gaya hidup dan terpengaruh dengan keadaan sekeliling yang menghairahkan.
Walaupun sudah mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap tetapi masih tidak mengendahkan untuk membayar hutang kerana lebih mementingkan komitment lain yang dilihat lebih membebankan.
Ramai peminjam yang tidak menyedari bahawa dengan tindakan mereka yang tidak mahu menjelaskan hutang pelajaran yang dipinjam, ia akan membebankan pembayar cukai yang lain dan ia juga akan memberi impak negetif terhadap sistem pendidikan negara.
Kementerian Pendidikan Tinggi sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan akan menimbangkan tindakan undang-undang kepada peminjam yang tidak pernah langsung membuat pembayaran.
Menurut Zambry lagi, peminjam bukan sahaja tidak membuat bayaran semula malah tidak dapat dikesan. Perkara ini dipandang bertambah serius kerana ia melibatkan jumlah yang besar iaitu sebanyak RM6 bilion.
Lebih serius lagi, jumlah RM6 billion yang dinyatakan itu hanya melibatkan peminjam yang tidak pernah membuat bayaran semula pinjaman walaupun sekali.
Mungkin ramai diantara peminjam berpendapat bahawa kerajaan atau institusi pendidikan seharusnya menanggung kos pendidikan. Jika diharap pada peminjam untuk membuat pembayaran semula mereka memberi alasan bahawa ia memberi kesan kepada diri di kemudian hari.
Selesaikan dahulu apa yang penting, utamakan keperluan dan bukan kehendak.
Anda merupakan penentu untuk diri sendiri, tepuk dada tanyalah selera.
Kredit – Sinar
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: