Kuala Lumpur, 26 Sept 2024, 5.00 petang – NAIB Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengingatkan PAS bahawa demokrasi bukan satu perkara yang boleh dianggap sebagai bahan gurauan atau “olok-olok”. Selain dari itu Nurul juga menekankan bahawa mandat rakyat perlu dipandang serius.
Perkara ini di luahkan oleh Nurul berikutan kenyataan yang dibuat oleh PAS supaya Perdana Menteri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan. Kenyataan tersebut dilihat sebagai sesuatu yang mencabar bukan sahaja kepada Anwar tetapi juga kepada sistem demokrasi yang di amalkan dinegara ini.
Menurut Nurul lagi, baik di medan perjuangan Dewan Rakyat atau pun didalam proses pilihan raya, sistem pengundian itu perlu dihormati kerana itu adalah mandat rakyat. Semua perkara perlu diambil serius. Bukan olok-olok.
“Justeru, saya berharap dalam apa yang kita lakukan kerana itulah undi yang telah diberikan. Dalam sidang Parlimen sendiri memberi sepenuh keyakinan dan mandat kepada Kerajaan Perpaduan di peringkat Pusat,” katanya ketika ditemui pemberita ketika program ziarah kasih di Taman Ilham, di sini pada Selasa.
Nurul mengulas kenyataan yang di buat oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, bahawa Anwar tak sepatutnya melenting apabila didesak supaya meletakkan jawatan dan berada didalam ketakutan apabila pembangkang mencabar kedudukannya sebagai perdana menteri melalui undian tidak percaya.
Ini berlaku berikutan cabaran Anwar terhadap pembangkang untuk membuat undi tidak percaya kepadanya sebagai perdana menteri. Cabaran itu dibuat sebagai respons terhadap usul yang dibawa Dewan Pemuda Pas dalam muktamar parti itu baru-baru ini.
Kredit – Sinar
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Banyak Lot Premis Mara Yang Ditutup Perniagaan – Asyraf Wajidi