
Kuala Lumpur, 25 Sept 2024, 12.00 malam – PENGERUSI Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah mengeluarkan arahan kepada semua pengarah Mara untuk mengambil tindakan tanpa berlengah kepada penyewa premis Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang tidak membayar sewa premis dan menjadikan premis tersebut sebagai stor menyimpan barang.
Satu lawatan mengejut telah dibuat oleh Asyraf kepada lot premis Mara di Kluang Johor dan mendapati suasana bangunan yang suram dan banyak lot yang didapati tutup serta tidak menarik apabila dilihat.
Asyraf berkata, kepada penyewa yang culas dalam membuat bayaran sewa bulanan, akan diambil tindakan segera dan beliau telah pun mengarahkan kepada semua pengarah Mara negeri dan daerah untuk ambil tindakan segera,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Rabu.
Pada 19 Julai lalu, Asyraf Wajdi dilaporkan berkata, tindakan mahkamah menanti penyewa premis Mara dan perintah pengosongan serta pengeluaran saman terhadap penyewa terbabit.
Asyraf memaklumkan bahawa beliau akan membuka peluang kepada para usahawan yang mahu membangunkan perniagaan mereka secara serius.
Oleh yang demikian beliau akan melakukan mentransformasikan premis perniagaan Mara dengan imej baharu yang lebih segar dan menarik.
Kredit – Sinar
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Agong Perkenan Tun Musa Hitam Sebagai Menteri Darjah (Chancellor) Yang Baharu.