Gaji Premium Lepasan TVET Ditetapkan Hingga RM4,000
Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) telah bersetuju menetapkan gaji premium untuk lepasan TVET pada kadar antara RM2,500 hingga RM4,000. – Kredit-Berita Harian.

Kuala Lumpur, 25 Sept 2024, 3.00 petang – TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) semalam, bersetuju menetapkan gaji premium pada kadar antara RM2,500 hingga RM4,000 untuk lepasan TVET.

Kadar yang ditetapkan itu hanya melibatkan institusi TVET dengan pihak syarikat yang bersetuju dengan gaji premium berkenaan dan bukan ditentukan oleh persatuan majikan, persatuan kilang atau sebagainya.

Kerajaan telah membuat penetapan agar kadar gaji RM1,500 yang d inikmati kni akan dinaikkan melebihi pendapatan minimum tersebut bagi menarik lebih ramai lepasan TVET untuk bekerja di sektor berkaitan.

Untuk itu memorandum perjanjian (MoA) dengan majikan (syarikat berkaitan kerajaan dan swasta) telah dibuat bagi mempersetujui gaji premium melebihi gaji minimum yang ditetapkan oleh Kementerian Sumber Manusia sebelum ini.

MTVET juga bersetuju agar Lembaga Teknologis Malaysia (M-BOT) mengiktiraf lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap enam hingga lapan setaraf ijazah sarjana muda kelas pertama dan lepasan SKM tahap lapan mendapat gelaran Teknologi Profesional (Ts), sebagai penambahbaikan ekosistem pendidikan TVET negara.

Kredit – Bernama

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

PMX Di Gesa Bertanggungjawab Terhadap Peminjam PTPTN?