Kuala Lumpur, 24 Sept 2024, 9.00 malam – SEWAKTU era pemerintahan Barisan Nasional (BN), menghapuskan PTPTN menjadi modal politik utama Pakatan Harapan sehingga perkara ini pernah dimasukkan sebagai salah satu manifesto gabungan parti politik didalam PH.
Penulis didalam artikal ini mengatakan, waktu itu PMX merupakan Ketua Pembankang yang lantang menyuarakan mengenai penghapusan sistem PTPTN yang dipinjam oleh anak Muda.
Perkara itu sering disebut dan diperbincangkan didalam program rasmi seperti Konvensyen Tahunan PKR dengan alasan pinjaman tersebut akan menjadi beban kepada si peminjam dimasa akan datang.
PMX, sebagai Ketua Pembangkang ketika itu, telah menyeru kepada para pelajar yang telah meminjam supaya tidak membayar balik kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Pada tahun 2012, PMX pernah mengadakan ceramah diPermatang Pauh menyeru peminjam PTPTN supaya tidak membayar hutang tersebut kerana Pakatan Rakyat ketika itu sedang berusaha untuk memansuhkan hutang PTPTN dalam tempoh setahun selepas menawan Putrajaya.
Baru-baru ini, Menteri Pengajian Tinggi Dato Seri Zambry Kadir memaklumkan bahawa kabinet telah pun membuat persetujuan untuk mendakwa 430,000 peminjam PTPTN yang tidak pernah membuat pembayaran balik pinjaman.
Didalam mesyuarat yang diadakan itu, PMX juga turut hadir untuk mempengerusikan mesyuarat berkenaan.
Ts. Nurul Islam Bin Mohamed Yusoff
Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi
Lajnah Penerangan PAS Pusat
Walau apa pun niat dan pandangan yang dilontarkan oleh PMX waktu itu, Prezcom berpendapat, seharusnya perkara itu dilupakan oleh rakyat malaysia kerana setiap kata-kata yang dibuat oleh PMX tidak ditunaikan waktu ini, jika tidak PTPTN akan terus mengalami kerugian yang besar dan berkemungkinan akan menutup pengoperasian kerana sejumlah wang yang dipinjamkan tidak mendapat pulangan yang sepatutnya.
Adalah satu usaha yang amat baik dari PMX kerana telah mengambil keputusan untuk bersetuju bersama Kabinet bagi mendakwa para peminjam yang tidak pernah mahu membayar balik pinjaman yang dibuat dari tabung berkenaan – Prezcom
PENAFIAN:
Harakahdaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Harakahdaily mahupun pendirian rasmi PAS.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Pertukaran Memorandum Kerjasama Tranformasi Program TVET Antara Kerajaan Dan Tiga GLC