Kuala Lumpur, 24 Sept 2024, 3.00 petang – SATU Majlis Pertukaran Memorandum Kerjasama (MoU) Tranformasi Program TVET antara Kerajaan dan tiga GLC iaitu Penang Port Sdn Bhd, Khazanah Nasional Berhad dan Cypark Resources Berhad telah diadakan di Palm Garden Hotel, IOI Resort Putrajaya semalam dan disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB Dato’ Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Didalam Majlis Pertukaran Memorandum ini juga kita dapat mendengar ucapan daripada YAB Timbalan Perdana Menteri dalam sesi libat urus 66 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta sebagai penambahbaikan ekosistem pendidikan TVET dengan 12 Kementerian.
TVET merupakan proses pendidikan dan latihan yang disediakan untuk membina kerjaya terutama kepada belia dan remaja yang memberi penekanan dan keuatamaan terhadap amalan dalam berbagai industri. Hasilnya, tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang tertentu dapat dibentuk serta memenuhi kehendak industri dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Kerjasama erat antara Institusi Pendidikan, Industri, dan kerajaan adalah penting untuk memastikan graduan TVET dilengkapi dengan kemahiran yang relevan dan berdaya saing dalam pasaran kerja. Kemahiran praktikal merupakan kelebihan yang bakal dimiliki oleh lepasan TVET dan menarik minat majikan berbanding lulusan program akademik.