
Kuala Lumpur, 23 Sept 2024, 12.00 malam – MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau dikenali Maza, telah menerima satu mesej ugutan pada hari Sabtu lalu, jam 8.56 pagi semasa Mufti berkenaan berada di pejabatnya di Bangunan Dato Mahmud Mat, Kangar, Perlis.
Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan mengenai mesej ugutan yang diterima oleh Maza melalui aplikasi WhatsApp daripada nombor telefon yang tidak dikenali.
Mufti Perlis itu telah menerima empat mesej yang dihantar dipercayai mengenai perniagaan milik syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang dikatakan tidak dapat ditandingi didalam negara ini.
Disebabkan mufti berkenaan tidak mengendahkan mesej tersebut, berkemungkinan telah membuatkan individu tersebut marah dan mula menghantar mesej berbaur provokasi dan ugutan.
Menurut mufti itu lagi, pesanan dari whatsapp tersebut, dipercayai ia menunjukkan satu ugutan jenayah memandangkan pengertian kafir harbi iaitu kafir yang boleh diperang adalah menghalalkan darah.
Susulan itu, Mufti Perlis telah tampil membuat laporan di Balai Polis Kangar pada Sabtu untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) pada Isnin.
kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang dipergiatkan.
Kredit – Sinar
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: