Seramai 1,892 Pendatang Haram Diusir Dari Negeri Selangor.
Jabatan Imigresen Selangor telah mengusir seramai 1,892 pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri Selangor. Kredit – www.remaja,my

Kuala Lumpur, 23 Sept 2024, 9.00 malam – PENGARAH Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, Jabatan Imigresen Selangor telah mengusir seramai 1,892 pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas kesemua mereka selesai menjalani hukuman di negara ini.

Didalam tempoh lapan bulan ini, Jabatan Imigresen Selangor telah mengusir PATI yang paling ramai iaitu warga Indonesia dengan 722 individu, Myanmar melibatkan seramai 380 individu, Bangladesh (163),Thailand (135), Pakistan (100) India (87) dan Vietnam (83) serta China (64).

Pengusiran PATI dengan jumlah yang kecil adalah warga Nepal (30), Sri Lanka (28), Kemboja (27), Syria (17), Nigeria (15) selain Filipina (7). Negara paling rendah diusir adalah, warga Yemen (6) dan masing-masing dua bagi Mongolia dan Singapura serta lain-lain (24).

Khairrul Aminus menasihatkan pemilik premis atau majikan agar tidak melindungi atau membenarkan PATI bekerja dengan mereka. Biasanya PATI akan melanggar beberapa syarat dan melakukan kesalahan iatu masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit sah serta langgar syarat pas.

Sekiranya didapati berlaku pelanggaran undang-undang negara ini, tindakan tegas akan dikenakan kerana bimbang akan berlaku sesuatu yang boleh mengganggu gugat keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Kredit – Kosmo

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Isu GISBH. Kanak-kanak Terjejas Pelajaran Akan Diambil Alih Oleh KPM Mulai Okt.