Kuala Lumpur, 23 Sept 2024, 6.00 petang – MENTERI Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil alih aspek pendidikan bagi lebih 300 kanak-kanak yang diselamatkan menerusi Ops Global mulai 1 Okt ini, Ia bertujuan bagi memastikan kanak-kanak berkenaan mendapat peluang pembelajaran sama seperti kanak-kanak lain.
300 kanak-kanak yang diselamatkan menerusi Op Global itu telah didapati tidak menerima sebarang pendidikan formal sebelum ini dan akan diberi modul khas iaitu tiga kohort iaitu prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah ditempat yang sama iaitu tempat penginapan mereka sekarang ini.
Menurut Fadhlina lagi, ketika ini mereka sedang melalui beberapa penilaian termasuk aspek 3M (membaca, menulis, mengira) dan psikososial. Setelah semua asas selesai, termasuk aspek 3R, barulah KPM bersedia sepenuhnya untuk mengambil alih.
Menurut Fadhlina, KPM mengambil berat tentang isu ini dan berazam untuk pastikan anak-anak ini mengikuti sepenuhnya pendidikan kerana bimbang sekiranya mereka ketinggalan sepanjang tempoh siasatan dijalankan.
Mengenai status ibu bapa anak-anak tersebut, Fadhlina berkata akan meneliti terlebih dahulu samada mereka akan diambil tindakan dibawah Akta Pendidikan 1996. Perkara itu perlu dipertimbangkan untuk mengambil tindakan kerana anak-anak tersebut telah terabai iaitu tidak mendapat pendidikan yang sepatutnya seperti kanak,-kanak lain.
Buat masa ini, pihak undang-undang sedang meneliti samada perlu membuat tindakan dan sekiranya terbukti berlaku pelanggaran undang,-undang, pihak KPM akan memaklum perkara berkenaan dari masa ke semasa.
Media sebelum ini melaporkan polis menerusi Op Global menyelamatkan 402 individu, masing-masing 201 lelaki dan 201 perempuan berumur setahun hingga 17 tahun dalam serbuan di 20 rumah amal sekitar Selangor dan Negeri Sembilan kerana disyaki menjadi mangsa eksploitasi.
Kredit – MalaysiaKini
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: