PRK Mahkota. DAP Kecam Tindakan Kotor Individu Sebarkan Surat Layang.
Tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh pihak yang tidak diketahui, telah mengedarkan surat layang bertujuan untuk menghasut pengundi kaum cina agar tidak mengundi calon Barisan Nasional (BN).

Kuala Lumpur, 21 Sept 2024, 11.00 malam – SATU tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh pihak yang tidak diketahui, telah mengedarkan surat layang bertujuan untuk menghasut pengundi kaum cina agar tidak mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota 28 September ini.

Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi berkata, surat layang bertulisan bahasa Cina yang menggunakan cetakan komputer itu diedarkan didalam peti surat rumah ke rumah dikawasan perumahan di Taman Sri Kluang, dan Taman Suria termasuk Taman Lian Seng dan Taman Pelangi, iaitu kawasan penduduk majoriti Cina.

Perbuatan itu dilakukan oleh seorang individu pada malam jumaat dan telah disaksikan sendiri oleh seorang ahli DAP dan seterusnya membuat laporan ke Pejabat Ahli Parlimen Kluang pada Sabtu.

Shu Qi berkata, beliau menganggap perbuatan itu adalah perancangan yang kotor kerana pihak tersebut telah menyekat para pengundi untuk memilih calon yang mereka percaya. Tidak kira didalam PRK (pilihan raya kecil), PRN (pilihan raya negeri) kita perlu menggalakkan pengundi untuk keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab mereka.

Shu Qi amat percaya bahawa perbuatan itu telah dirancang dengan rapi. Didalam surat itu disebut pengundi Cina seharusnya menghukum Umno kerana peristiwa pertelingkahan diantara pemuda Umno dan pemimpin DAP.

Apa yang cuba di hasut oleh pihak itu adalah, pengundi Cina jangan memberi undi kepada calon BN dan ini dilakukan sebagai pengajaran kepada Umno yang dianggap sombong dan pada masa yang sama mahu membuat semak dan imbang dalam kerajaan negeri Johor.

Shu Qi berpendapat perkara ini mempunyai kaitan dengan pihak lawan yang sukar untuk mempengaruhi orang Cina untuk menyebelahi mereka. Oleh yang demikian beliau meminta agar perbuatan tersebut dihentikan agar tidak menimbulkan kekeliruan.

Shu Qi berkata sebenarnya pihak lawan ketandusan modal. Tidak ada cara lain untuk dilakukan selain dari menghasut pengundi supaya tidak keluar mengundi. Jadi surat layang itu tidak disebarkan dikawasan lain kerana surat itu dicetak didalam bahasa mandrin. Sebaliknya hanya tumpu dikawasan pengundi Cina mungkin untuk menimbullkan kebencian dengan menggunakan pertelingkahan diantara pemuda Umno dan pemimpin DAP sebagai alasan.

Sebenarnya pihak lawan tidak ada perkara untuk ditawarkan kepada pengundi. Hanya dengan menghasut sahaja adalah jalan terakhir untuk mereka menghentikan pengundi Cina dari keluar mengundi pada 28 September ini.

Jadi kita dah jelas banyak kali kenapa dan apa situasi sekarang, (tentang) hubungan antara satu parti dengan parti lain dalam Kerajaan Perpaduan supaya mereka akan undi dan jangan salah pangkah. Katanya

Jadi saya harap pengundi yang ada hak di DUN Mahkota keluar undi bagi membuktikan bahawa kita nak stabilkan situasi politik dalam negara,” katanya.

Kredit – Sinar

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Masuk Pakai Permit Kerja Buruh, Tetapi Kerja Sebagai GRO.