Masuk Guna Permit Kerja Buruh, Tetapi Kerja Sebagai GRO Di Kelab.
Wanita warga Vietnam telah dikesan memasuki negara sejak Oktober lalu dengan menggunakan premit kerja sebagai buruh binaan, tetapi telah didapati berkerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).

Kuala Lumpur, 21 Sept 2024, 6.00 petang – SEORANG wanita warga Vietnam telah dikesan memasuki negara ini sejak Oktober lalu dengan menggunakan premit kerja sebagai buruh binaan, tetapi telah didapati berkerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).

Wanita yang berusia 32 tahun itu merupakan salah seorang dari 60 warga asing yang ditahan dalam satu operasi yang dijalankan oleh pihak Imigresen (JIM) dipusat hiburan Menjalara, di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi) Jafri Embok Taha berkata, kira-kira 70 orang pegawai Imigresen telah terlibat didalam sebuan yang dilakukan serentak di dua pusat hiburan di Manjalara dan Bukit Bintang pada jam 10.00 malam tadi. Pegawai-pegawai Imigresen yang menjalankan tugas didalam serbuan tersebut adalah dari Putrajaya, Perak, Kelantan dan Perlis.

Didalam serbuan tersebut, turut ditahan adalah 93 orang warga asing iaitu 62 wanita dan seorang lelaki Thailand. Warga asing lain adalah, 10 wanita warga Vietnam; empat wanita dan tujuh lelaki warga China; lima lelaki Bangladesh; dua lelaki Myanmar dan masing-masing seorang wanita dari Laos dan Mongolia. Kesemua yang ditahan berusia diantara 19 hingga 39 tahun.

Jafri berkata, kedua-dua pusat hiburan yang diserbu itu menjalankan modus operandi dengan menawarkan perkhidmatan GRO warga asing dengan mengenakan bayaran diantara RM100 hingga RM1000.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengetuai operasi serbuan di sebuah pusat hiburan di Menjalara, di sini, awal pagi tadi.

Kesemua yang ditahan, didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Kredit – Metro

#Prezcom

Lebih Banyak Berita: