Semua kaunter kerajaan Melaka dibuka dalam waktu rehat

Kuala Lumpur, 20 Sept 2024, 12.00 malam – KETUA Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengarahkan semua kaunter agensi kerajaan didalam negeri beroperasi untuk menyantuni keperluan rakyat walau pun didalam waktu rehat. Arahan itu selari dengan dasar kerajaan negeri iaitu untuk memudahkan keperluan rakyat.

“Kaunter perkhidmatan seharusnya meringankan beban rakyat dan permudahkan urusan mereka. Untuk itu, Rauf mengarahkan semua kaunter perkhidmatan  kerajaan di negeri Melaka tiada lagi ditutup pada waktu rehat.

“Pada waktu makan tengah hari, kaunter akan diuruskan secara penggiliran oleh pegawai-pegawai dan siapa sahaja yang datang termasuk di kaunter kerajaan Persekutuan mestilah jalankan urusan. “Kita tak nak lagi rakyat ‘disidai’ di waktu rehat sedangkan urusan kerja itu boleh diuruskan,” katanya.

Selain itu, Rauf turut mengingatkan penjawat awam supaya terus mengamalkan amalan integriti dalam tugasan mereka. Perkara paling penting adalah menyimpan segala rahsia dan maklumat urusan kerajaan supaya tidak sewenang-wenangnya disampaikan secara langsung kepada orang ramai.

Sekiranya perkara seperti ini berlaku,  ia merupakan satu pelanggaran di bawah akta rahsia rasmi kerajaan (Akta Rahsia Rasmi 1972) di mana sekiranya didapati bersalah boleh ditangkap tanpa waran dan tidak boleh diberi jaminan.

Rauf juga menasihatkan para penjawat awam supaya menjaga kerahsiaan kerajaan dan tidak disampaikan dalam apa jua bentuk maklumat kepada keluarga, sahabat handai, jiran-jiran, suami atau isteri.

Kredit – Malaysia Gazette

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Jadi Hamba, Kerja Tak Bergaji Dan Tunggu Giliran Untuk Bertemu Pasangan – Ahli