
Kuala Lumpur, 20 Sept 2024, 9.00 malam – SEORANG individu yang mendakwa dirinya merupakan bekas ahli Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) membuat satu pendedahan mengenai kehidupan sehariannya yang dilaluinya menjadi ahli syarikat tersebut. Dia menyatakan bahawa organisasi tersebut mengamalkan sistem penghambaan, didalam menjalankan operasi kumpulan tersebut. Perkerja berkhidmat tanpa gaji dan terpaksa menunggu giliran untuk bersama pasangan masing-masing.
Individu yang menjadi ahli GISBH, dipaksa mencari sumbangan dana untuk memenuhkan tabung milik syarikat, sedangkan mereka terpaksa berkerja tanpa gaji. Disebabkan tiada pandai mencari penyumbang atau letih untuk berkerja mendapatkan sumbangan, ahli tersebut terpaksa minta bantuan ahli keluarga yang tiada kena mengena dengan syarikat itu.
individu berkenaan berkata lagi bahawa, ramai ahli GISBH dizalimi seperti sistem perhambaan, sedangkan orang atasan menjalani kehidupan mewah dengan mempunyai rumah dan kereta besar, sementara orang-orang bawahan terpaksa menunggu giliran untuk bersama keluarga.
Menjalankan perniagaan merupakan perkerjaan yang ditugaskan kepada ahli bagi setiap zon dan negeri. Ia merupakan strategi ekonomi kumpulan tersebut yang bertujuan untuk menunjukkan kehebatan dan kebolehan ahli kumpulan mereka dimata umum dan musuh perjuangan mereka.
Lebih mengemparkan adalah, para pemimpin GISBH ini kononnya dilantik Rasulullah, Imam Mahadi dan guru mursyid dari alam ghaib dengan amalan itu dikatakan sebagai model sistem pentadbiran organisasi tersebut. Pemimpin atasan disusun mengikut carta organisasi syarikat biasa berkemungkinan untuk menutup kepercayaan dan ketaksuban mereka dari dikesan oleh pihak berkuasa.
Dari segi perkahwinan pula, mereka mengamalkan nikah syar’ie yang didakwa oleh mereka lebih mendapat keberkatan dan sah kerana ahli dari kalangan mereka di nikahkan oleh mukmin sebenar dan tidak di nikahkan oleh orang luar yang didakwa oleh mereka sebagai fasik.
Individu tersebut berkata lagi, terdapat ahli kumpulan yang menjalani pernikahan serta berdaftar dengan Jabatan Agama dan apabila disah telah hamil anak mereka akan dibinkan atau dibintikan dengan nama Abdullah.
Mengenai pendidikan pula, sistem yang diamal oleh GISBH dikatakan dibentuk dengan kaedah beramai-ramai didalam kelas tetapi dilakukan secara ringkas walaupun tanpa ada guru yang mengendalikannya.Jelasnya, silibus pendidikan mereka ditetapkan secara sendiri dengan sesi pembelajaran hanya belajar mengenai pemimpin seolah-olah menyemai sifat taksub dan hanya mengagongkan pemimpin dikalangan pelajar.
Kredit – Berita Harian
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Pelajar Miskin Harus Diberi Peluang Belajar Ke Peringkat Paling Tinggi.