Kuala Lumpur, 20 Sept 2024, 3.00 petang -INISIATIF Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, mengeluarkan arahan supaya pihak universiti menerima pelajar – pelajar yang berasal dari keluarga yang miskin dan daif untuk meneruskan pelajaran ke universiti adalah satu usaha yang baik demi masa depan pelajar-pelajar tersebut agar tidak keciciran.
Zambry telah pun mengarahkan supaya pihak pentadbiran universiti menerima kemasukan pelajar – pelajar itu bagi meringankan beban mereka dan keluarga.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebelum ini, ada mengeluarkan kenyataan bahawa kekangan kewangan bukanlah alasan untuk tidak menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi.
Menurut Asyraf, beliau amat memahami permasalahan para pelajar dari golongan miskin yang tidak dapat menyambung pelajaran keperingkat seterusnya disebabkan kekangan kewangan. Disebabkan itu, mereka tidak dapat meneruskan cita-cita untuk ke menara gading dan ada yang terpaksa berhenti diseparuh jalan.
Kini, peluang sudah dibuka sepenuhnya untuk para pelajar tanpa ragu meneruskan cita-cita mereka. Setiap pelajar yang didapati cemerlang dan berpotensi untuk berjaya perlu bersiap sedia supaya tidak menghampakan hasrat ibu bapa serta pihak yang banyak membantu.
Rebutlah peluang yang disediakan oleh kerajaan dan gunakan ia sebaik mungkin dan jangan hanya merasa terpaksa belajar seperti kata pepatah Melayu ” seperti melepas batuk ditangga.” Sekadar mempunyai ilmu sahaja sudah mencukupi, namun tidak perlu berusaha untuk berjaya hingga ke menara gading.
pihak kerajaan diminta untuk terus membantu pelajar daif yang mendapat keputusan cemerlang semasa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mereka semua perlu dikumpulkan untuk diberi bidang pembelajaran yang sesuai mengikut keinginan dan cita-cita serta kemampuan mereka. Apa yang lebih penting adalah memberi mereka pengalaman belajar di universiti pilihan.
Ia sekali gus mampu mengurangkan kos atau bebanan kewangan pelajar yang mana mereka perlu membeli keperluan pelajaran seperti komputer riba sebelum memasuki alam universiti.
Kredit – Sinar
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Kenapa Musang King Malaysia Lebih Sedap Dari Thailand Dan Indonesia?