Kenapa Musang King Malaysia Lebih Sedap Dari Indonesia Dan Thailand?
Banyak faktor yang memyebabkan Musang King Malaysia lebih sedap. Ia bergantung kepada keadaan tanah dan cuaca.

Kuala Lumpur, 19 Sept 2024, 12.00 – DALAM segmen Bro Pagi Gegar di radio Gegar, Seorang individu mendedahkan mengapa kebanyakan rakyat Singapura, Indonesia, China dan Thailand amat menggemari durian Musang King Malaysia. Ini kerana rasa durian dinegara luar seperti Indonesia tidak sedap walaupun Indonesia pernah cuba dan berjaya menanam Musang King, tapi ia tidak sesedap Musang King Malaysia.

Individu yang merupakan peniaga durian berkata, amat memeranjatkan kerana orang Indonesia sendiri ada yang datang ke Malaysia untuk menikmati raja buah premium itu. Merek berkata rasa durian Musang King di Malaysia rasanya cukup berbeza dengan yang ditanam dan dijual di negara mereka.

Menurut individu tersebut, sepanjang dia menjadi peniaga kepada raja buah itu, ramai pelancong luar yang datang ke Malaysia semata-mata mahu mencari Musang King. Peniaga itu mempunyai ramai pelanggan dari berbagai negara. Tetapi yang luar biasa adalah pelancong dari Indonesia , China dan Korea.

Menurut peniaga itu lagi, pelancong dari negara itu datang ke Malaysia hanya untuk menikmati durian Musang King. Keluar saja dari pintu KLIA, mereka hanya fikir untuk mencari Musang King.

Mereka datang sini semata-mata untuk habiskan dan belanjakan duit untuk durian sahaja. Kerana apa, kerana durian Indonesia ada masalah sikit. Katanya.

Banyak faktor yang memyebabkan Musang King Malaysia lebih sedap. Ia bergantung kepada keadaan tanah dan cuaca. Rasanya juga berbeza seperti durian Johor dan Pahang.

Begitu juga dengan negeri – negeri lain. Rasanya berbeza . Setiap negeri ada durian masing-masing namun, yang pasti durian Musang King Malaysia adalah yang terbaik dan paling sedap.

Kredit – Malaysia Dateline

#Prezcom

Lebih Banyak Berita :

Negeri Yang Tiada Premis Perjudian, Tak Semestinya Tidak Maju.