Negeri Yang Tiada Premis Perjudian, Tak Semestinya Tidak Maju.
Terdapat banyak negeri dinegara kita yang tiada premis perjudian tetapi masih boleh maju dari segi ekonomi.

Kuala Lumpur, 19 Sept 2024, 9.00 malam – TIMBALAN Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Dato’ Andasura Rabu berkata, terdapat banyak negeri dinegara kita yang tiada premis perjudian tetapi masih boleh maju dari segi ekonomi.

Pada pandangan beliau, ekonomi sesebuah negara atau negeri tidak semestinya bergantung kepada kegiatan perjudian untuk maju, malah negeri yang tiada premis perjudian lebih baik berbanding negeri yang bergantung kepada kegiatan perjudian.

Dari sudut pandangan Islam, tempat atau negeri yang tiada premis perjudian lebih berkat untuk orang-orang Islam dan masih boleh maju dan masih dapat membantu perkembangan perniagaan atau industri orang bukan Islam.

Maka, kenyataan Pengerusi DAP Pahang iaitu Lee Chin Chen mengenai penutupan premis judi termasuklah kasino di Genting Highlands adalah sangat melesit sekali,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari
ini.

Menurut Andasura, cadangan untuk menutup pusat perjudian seperti kasino di Genting Highland sekiranya berjaya memenangi pilihan raya umum (PRU-16), bukan bermaksud PAS ingin menutup kawasan tersebut secara keseluruhan tetapi lebih kepada perubahan ke kawasan pelancongan.

Apa yang PAS inginkan adalah, menjadikan Genting Highland sebagai destinasi pelancongan sahaja kerana beliau yakin dengan penjenamaan semula pusat perjudian tersebut sebagai pusat pelancongan itu adalah lebih baik kerana dipercayai mampu untuk menarik lebih ramai pelancong tempatan untuk berkunjung kesana .

Terdapat sedikit masalah sekarang iaitu, orang di negeri Pahang sendiri tidak berminat untuk melancong kesana kerana timbul rasa keraguan memandangkan Genting Highland adalah sebuah pusat perjudian yang terkenal dan terbesar di Malaysia.

Pejenamaan kawasan tersebut sebagai pusat perjudian membuatkan ramai rakyat tempatan keberatan untuk berkunjung kesana jenama perjudian itu sendiri adalah tidak baik dan juga tidak mahu dikaitkan dengan kegiatan tersebut.

Pada pandangan peribadi Andasura, dikhuatiri sekiranya pelancongan tempatan ingin berkunjung disana, bimbang akan timbul persepsi dari orang lain bahawa mahu berkunjung ke tempat seperti itu untuk berjudi.

Perjudian bukan sahaja akan melalaikan dan membuat seseorang itu lupa untuk bersama keluarga, malah ia juga satu pembaziran dari segi kewangan dan sudah tentu sekiranya menanggung keluarga dengan pendapatan dari hasil perjudian ia akan menjadi haram untuk dinikmati.

Jadi, apa yang kita ingin buat ialah dengan penjenamaan semula Genting Highlands sebagai pusat percutian untuk keluarga dan bukan lagi sebagai tempat kasino.

“Ini sekaligus memberikan kebaikan kepada Genting Highlands sebenarnya apabila perkara sebegini dapat dilaksanakan kerana berpotensi untuk menarik semua orang awam untuk melawat kawasannya,” katanya.

Pengerusi DAP Pahang iaitu Lee Chin Chen, begitu terkejut dengan hasrat yang dilahirkan oleh PAS iaitu untuk menutup kasino Genting Highland dan premis perjudian yang lain.

Menurut Lee Chin Chen, hasrat untuk menutup pusat peranginan dan kasino akan menjejaskan ekonomi termasuk pekerja orang Islam yang mencari pendapatan dipusat tersebut.

Kredit – Harakahdaily

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

PAS Pahang Akan Benteras Perjudian Termasuk Kasino Andai Menang PRU-16.