Kuala Lumpur, 15 Sept 2024, 6.00 petang – MUNGKINKAH menjadi kenyataan parti PAS Pahang untuk menutup semua pusat perjudian dan Kasino Genting Highland seandainya mereka memenangi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) ? Namun, sebarang langkah untuk menutup premis perjudian perlu mematuhi rangka kerja undang-undang yang relevan termasuk undang-undang persekutuan. Begitulah pendapat Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu.
Menurut Andansura, dalam aspek ini kita perlu melihat keseluruhan undang-undang. Jika kita mempunyai kuasa di peringkat negeri, jika kita boleh lakukan, kita akan lakukan. “Contohnya (kasino) di Genting Highlands, kuasa kita mungkin tidak mutlak. Ia mungkin memerlukan keputusan Kerajaan Persekutuan, jadi kita mungkin tidak dapat melakukannya. Katanya.
“Tetapi di mana-mana dalam skop bidang kuasa kita, jika kita melihat perkara yang mendatangkan mudarat kepada masyarakat, kita akan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang,” katanya semasa sidang akhbar sempena Muktamar PAS ke-70 di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, Temerloh semalam.
Buat masa ini, negeri-negeri yang berada dibawah pemerintahan parti Islam tersebut seperti Kelantan, Terengganu, Kedah telah mengharamkan perjudian. Pada pandangan mereka perkara yang mendatangkan bahaya dan ditegah oleh agama perlu dibenteras.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah itu dipetik sebagai berkata, amat penting untuk menyokong idea mengenai perkara-perkara yang boleh memudharatkan dan yang mendatangkan bahaya kepada masyarakat.
Langkah penutupan yang dirancang atau dilaksanakan perlu mematuhi undang-undang dan perlembagaan dan ia tidak boleh sewenang-wenangnya dibuat mengikut keputusan sendiri.
“Jadi jika rakyat Pahang tidak suka perjudian, jika mereka mahu menghentikan perjudian, mereka perlu menyokong PAS, insya-Allah,” tegasnya.
Kredit – The Malaysian Insight
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
:Tidak Pernah Menerima Gaji Sepanjang Tempoh 10 Tahun Bekerja Dengan GISBH.