
Kuala Lumpur, 14 Sept 2024, 9.00 malam – BULETIN Utama melaporkan, Seorang bekas pekerja Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) berkata, sepanjang tempoh 10 tahun bekerja dengan syarikat itu, dia tidak pernah menerima gaji. Syarikat tersebut menggunakan satu sistem dengan hanya dibayar RM50 hingga RM100 seminggu.
Bekas pekerja itu berkata, bayaran tersebut berlarutan sehingga 2014, selepas itu dia sudah mula bekerja sepenuh masa tanpa gaji, bermakna, ia cuma beri makan minum dan tempat tinggal.
Dia juga mendakwa, terdapat pekerja lain yang juga senasib dengannya. Selepas itu dia berhenti kerja dan membawa kesnya ke Mahkamah Buruh dan akhirnya pada 8 September lalu, mahkamah memerintahkan GISBH membayar RM23,100 kepada bekas perkerja berkenaan sebagai sebahagian daripada tuntutan kes.
Dalam Op Global dijalankan antara jam 6 hingga 11 pagi Rabu lalu, kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan dari 20 rumah amal yang dikendalikan kumpulan perniagaan itu. Didalam serbuan yang dilalkukan oleh pihak berkuasa, seramai 402 kanak-kanak dan remaja diselamatkan dan kini diberi perlindungan.
Kumpulan perniagaan itu yang dikatakan menjalankan perniagaan bermotif agama di sekitar Selangor (18) dan dua di Negeri Sembilan kini berdepan pelbagai dakwaan berhubung eksploitasi dan penderaan kanak-kanak.
Dalam operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa, turut menahan 171 individu terdiri daripada kakitangan, pengurus dan ustaz di rumah amal berkenaan.
Mangsa yang berjaya diselamatkan terdiri daripada, 201 kanak-kanak serta remaja lelaki dan 201 perempuan yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.
Sementara itu, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain, dilaporkan berkata, berdasarkan maklumat serta siasatan yang dilaksanakan, polis mengesyaki kumpulan itu melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.
Kredit – Berita TV3
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Tindakan Akan Diambil Kalau Kaunter Tidak Dibuka – Ketua Pengarah JPJ.