Kuala Lumpur, 14 Sept 2024 – KETUA Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata, Pengarah dan Ketua Cawangan (KC) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri berdepan tindakan tegas jika membiarkan kaunter perkhidmatan tidak dibuka. Ini adalah kerana fokus utama jabatan di bawah kendaliannya adalah untuk menambah baik sistem penyampaian kepada orang ramai.
Perkhidmatan di kaunter yang efisien amat ditekankan dan perkara ini turut ditegaskan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, yang mahu setiap kaunter tidak dibiarkan tanpa pengawasan sewajarnya atau daripada lima yang ada, hanya dua kaunter dibuka.
Berucap pada majlis Amanat Ketua Pengarah Pengangkutan sempena lawatan kerja ke JPJ Selangor, Aedy berkata, mana-mana Pengarah Negeri dan KC tidak menjalankan tugas dengan baik dan kaunter tidak dibuka, mereka akan diambil tindakan. Hadir sama di majlis tersebut adalah Pengarah JPJ Selangor Azrin Borhan.
Aedy berkata, JPJ merupakan sebuah jabatan kerajaan yang mencecah 78 tahun, pegawai dan anggota seharusnya tahu bagaimana untuk menguruskan keperluan orang awam di kaunter. Jabatan JPJ sudah lama menapak sebagai sebuah jabatan kerajaan sangat lama dan anggota serta para pegawai sepatutnya lebih matang dan efisyen.
Bagi memastikan perkhidmatan kaunter berada di tahap terbaik, beliau dan pengarah dari Ibu Pejabat diPutrajaya bercadang untuk membuat penyamaran sebagai orang awam untuk mendapatkan perkhidmatan. Lawatan mengejut ini bertujuan untuk melihat sendiri penugasan kakitangan di semua cawangan JPJ seluruh negara. Aedy berkata, beliau mungkin akan menghantar pengarah dari Ibu pejabat kerana jika kerap turun bimbang beliau akan dikenali.
Kita akan memperhebatkan hebahan mengenai 38 perkhidmatan atau urus niaga dalam talian disediakan JPJ yang ketika ini kurang disedari umum. “Kita yakin boleh mengurangkan bilangan orang awam datang ke kaunter, sekali gus mengurangkan kesesakan pelanggan serta masa menunggu,” katanya
Antara perkara yang mendapat respon baik dari JPJ negeri adalah JPJ Assist iaitu berperanan sebagai pemudah cara untuk membantu dan menyantuni pelanggan. Ini adalah inisiatif segera bagi memudahkan perkhidmatan dari jabatan untuk pelanggan.
Aedy Fadly yang dilantik mengetuai JPJ pada 23 Julai lalu, berpuas hati dengan tindakan segera semua JPJ negeri dalam melaksanakan inisiatif dan penambahbaikan diperkenal beliau serta pengurusan tertinggi lain.
Kredit – Berita Harian
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: