Kompleks Al-Makmur, Lambang Pengorbanan Ahli Pas Pahang
Apabila terbinanya Kompleks Al-Makmur ini, bagai satu isyarat bahawa Pas menuju ke arah politik yang lebih gagah.

Kuala Lumpur, 8.00 malam – Muktamar Tahunan PAS yang biasanya diadakan di negeri-negeri yang diperintah oleh PAS akan beralih tempat kali ini iaitu ke negeri Pahang negeri yang belum pernah diperintah oleh parti itu. Mulai 11 Sept 2024, apabila siapnya Kompleks Al Makmur, yang terletak di Kerdau, Temerloh, Pahang menjadi tumpuan ahli-ahli PAS seluruh negara.

Apabila terbinanya Kompleks Al Makmur ini, ia bagai satu azam dan isyarat yang ditunjukkan oleh parti berkenaan bahawa mereka telah pun mengorak langkah untuk menuju lebih gagah didalam dunia politik.

Apa yang paling manis untuk dikenang adalah, Kompleks Al-Makmur ini menjadi mercu tanda yang membuktikan keupayaan, keikhlasan dan pengorbanan ahli PAS Pahang. Untuk peringatan dan pengetahuan seluruh rakyat Malaysia, kompleks ini dibina dengan keringat dan sumbangan wang dari saku ahli-ahli PAS. Jutaan ringgit yang dikumpulkan datangnya dari ahli-ahli PAS yang berstatus pembangkang di negeri Pahang.

Saudara Roslan Zainal Al-Ahmadi adalah insan yang berperanan sebagai penggerak kepada pembinaan Kompleks ini. Beliau merupakan mantan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang.

Menurut Roslan, Pesuruhjaya PAS Pahang Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man merupakan insan yang menjadi pencetus idea kepada pembinaan Kompleks Al-Makmur ini. Hasil usaha dan buah fikiran beliau maka bermulalah gerakkan pembinaan pada tahun 2005.

Ia kemudian dimasukkan ke dalam Pelan Tindakan Strategik (PTS) PAS Pahang 2005-2007 bagi menghadapi PRU ke-12. Kemudian dibeli pula tapak kedua seluas tiga ekar yang terletak bersebelahan tapak pertama pada 26 Ogos 2006.

Tuan Ibrahim dibantu oleh Almarhum Haji Ahmad Mohd Yaman (Pak Ngah Samad) dan Almarhum Haji Abdullah Ahmad Nasruddin serta ahli-ahli BPPNP yang lain. Mereka bertindak perancang dan akitek untuk kompleks ini.

Menurut Roslan pembersihan tanah bermula pada Januari 2007 dan selesai sepenuhnya pada 10 Mac 2007. Kerja-kerja penambakan tapak tersebut bermula pada Oktober 2008.

Kata orang, begitulah orang PAS. Asal ada tempat berhimpun pasti akan dimanfaatkan untuk pelbagai aktiviti. Sumbangan ahli PAS juga dilihat lebih agresif dan berterusan. Akhirnya, kompleks yang tersergam indah ini bersedia digunakan untuk acara-acara bersempena Muktamar PAS ke-70.

Kredit – Harakahdaily

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

From Zero to Hero: Legasi Transformasi Usahawan Muda Bumiputera Diteruskan Melalui Program Perantis JumPER