BAGAN LALANG – Program Motivasi dan Pembangunan Usahawan JumPER (PMPJ) selesai melabuhkan tirainya pada 13 September 2024. Program 5 hari 4 malam yang dianjurkan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah dihadiri oleh 161 usahawan dari seluruh negara. Objektif PMPJ berbentuk serampang 2 mata; memberikan latihan perniagaan professional dan menyediakan pembiayaan kepada usahawan JumPER. Hasilnya, perniagaan para usahawan dapat dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi dengan kemahiran dan sokongan modal yang ditawarkan oleh pihak agensi. Kini memasuki tahun yang ke 15, PMPJ terus berevolusi untuk memastikan usahawan bumiputera kekal kompetitif di persada ekonomi negara.

Para Usahawan dan tenaga pengajar JumPER bergambar bersama Tuan Fauzi Zakaria, Pengarah Urusan Bahagian Operasi
Para Usahawan dan tenaga pengajar JumPER bergambar bersama Tuan Fauzi Zakaria, Pengarah Urusan Bahagian Operasi

Legasi 3 Dekad Memperkasakan Usahawan Bumiputera

PUNB, ditubuhkan pada tahun 1990, mula beroperasi pada tahun 1991 dengan objektif untuk meningkatkan penyertaan dan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan. Program PMPJ, yang dilancarkan 15 tahun lalu, telah menjadi signature program yang menzahirkan misi PUNB dalam melengkapkan usahawan dengan kemahiran, pembiayaan, dan sumber kritikal yang diperlukan untuk berjaya. Kali ini, PMPJ menampilkan sedikit kelainan dengan mengenengahkan tema “From Zero to Hero”, sesuai dengan pendekatan menyeluruh yang merangkumi aspek motivasi, business acumen dan ilmu-ilmu praktikal.

Ts. Megat Zainurul Anuar memberikan amanat kepada Usahawan JumPER
Ts. Megat Zainurul Anuar memberikan amanat kepada Usahawan JumPER

 

 

2 Komponen Teras Latihan: Motivasi dan Keusahawanan

Silibus latihan PMPJ terdiri dari 2 komponen mandatori; motivasi dan keusahawanan. Komponen motivasi memberi tumpuan khusus kepada pembentukan mindset yang cekal dan berkiblatkan kepada solutions oriented. Manakala komponen keusahawanan melengkapkan usahawan dengan ilmu-ilmu kritikal seperti Product Readiness and Marketability, Value Proposition Canvas, Business Model Canvas, Jualan dan Perakaunan. Para usahawan turut didedahkan dengan keseluruhan spektrum perniagaan online bermula dari pembangunan konten melalui Chat GPT, skil mengambil gambar sempurna secara Smartphone Photography sehinggalah akhirnya produk dan servis dipasarkan melalui pemasaran digital.

Buat pertama kalinya, PMPJ edisi 2024 dijalankan secara langsung dan bersemuka, setelah beberapa lama PMPJ dijalankan secara online akibat pandemik Covid-19. Ruang dan peluang ini membolehkan peserta berinteraksi secara terus dengan mentor dan fasilitator semasa kursus berlangsung.

 

15 Tahun Kecemerlangan JumPER

Sepanjang 15 tahun tempoh PMPJ beroperasi, banyak perkara yang boleh diraikan. Antaranya, RM56.5 juta telah disalurkan untuk membantu kelangsungan perniagaan para usahawan PUNB. Jumlah itu adalah kira-kira 10% daripada 21,410 permohonan yang diterima untuk memasuki PMPJ. Betapa besarnya impak PMPJ terhadap usahawan Bumiputera. Bagi meraikan pencapaian ini, pihak PUNB bercadang untuk mengadakan acara khas pada hujung tahun ini. Kesemua alumni dan tenaga pengajar yang telah menjayakan PMPJ di sepanjang tempoh 15 tahun ini bakal dijemput hadir. Walau bagaimanapun, nantikan pengumuman rasmi dari pihak media PUNB dalam masa yang terdekat.

Para peserta JumPER menjayakan aktiviti Teambuilding pada hari pertama.
Para peserta JumPER menjayakan aktiviti Teambuilding pada hri pertama.

Bimbingan Efektif Melalui Elemen Coaching

Keunikan sesi PMPJ sesi 2024 adalah pengenalan kepada elemen coaching selepas kursus tamat. Kali ini, pihak PUNB telah memperkenalkan coaching support bagi memastikan para usahawan PMPJ terus dibimbing dan dibantu. Sesi coaching selama 3 bulan ini akan diketuai oleh Ts. Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari dari Allstar Synergy yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang keusahawanan perdana negara. Pendekatan ini menjadikan pembelajaran lebih interaktif dan bermakna kepada para usahawan-usahawan muda PMPJ. Sesi ini akan dijalankan secara online, memudahakn penglibatan kesemua usahawan PMPJ yang berada di seluruh negara.

 

Kesimpulannya, program PMPJ PUNB telah menjadi tonggak dalam pembangunan usahawan Bumiputera di Malaysia. Dengan latihan yang komprehensif, akses kepada geran dan pembiayaan, dan fokus baharu kepada coaching support, ia kekal evergreen sebagai The Ultimate Platform untuk membantu usahawan Bumiputera membina perniagaan yang mampan.  Diharapkan komitmen unggul PUNB untuk memperkasakan usahawan Bumiputera akan terus memberikan lasting impacts terhadap landskap pembangunan ekonomi negara.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai insentif dan pengumuman terkini, ikuti saluran media sosial PUNB atau layari laman sesawang rasmi JumPER.

 

#JumPER

#PrezCom

#JiwaJumPER

#PUNB

#AllstarSynergy