FOMCA Ingatkan Jakim, Hati-hati Dalam Mengumumkan Status Halal Sesebuah Syarikat.
Jakim perlu berhati-hati tanpa ragu apabila membuat pengumuman tentang status pensijilan halal sesebuah syarikat atau produk perniagaan.

Kuala Lumpur, 18 Sept 2024, 12,00 malam –TIMBALAN Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Nur Asyikin Aminuddin menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), berhati-hati tanpa ragu apabila membuat pengumuman tentang status pensijilan halal sesebuah syarikat atau produk perniagaan agar tepat berdasarkan maklumat yang tepat.

Ini kerana, Jakim sebagai agensi mentadbir hal ehwal Islam, perlu menjelaskan secara terperinci dan padu mengenai kenyataan (status sijil halal) supaya tidak meragukan orang ramai terutama orang Islam terhadap hidangan makanan atau produk digunakan, katanya kepada FMT.

Pada 2 September Jakim mengumumkan beberapa premis makanan popular tidak memiliki sijil halal iaitu Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Ayam Penyet Best, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw.

Bagaimanapun, Ayam Penyet Best menegaskan empat daripada 15 cawangannya mempunyai sijil halal Jakim manakala Dolly Dim Sum menjelaskan dapur pusatnya juga telah mendapat pengesahan terbabit berkuat kuasa 1 Ogos 2024.

Dolly Dim Sum juga dalam proses mendapatkan pensijilan halal untuk semua cawangannya. Sementara itu, Johnny’s Restaurants dan Black Canyon menegaskan bahan mentah diperolehi dari pembekal diiktiraf halal oleh Jakim.

Perkara ini telah membuatkan banyak pihak menghadapi kekeliruan dan ia amat merisaukan di kalangan komuniti perniagaan mengenai keberkesanan sistem pemeriksaan dan pangkalan data yang digunakan Jakim. Adakah sistem tersebut kerap di kemaskinikan? Dan adakah ia bertepatan dengan maklumat yang diterima atau diarahkan?

Untuk mengelakkan dari dipertikaikan dimasa akan datang, dan cuba mencari penyelesaian mengenai isu terbabit, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Norsyahrin Hamidon menyarankan Jakim memanfaatkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan rantaian blok (blockchain) dalam semua hal berkait pensijilan halal.

Menerusi penerapan teknologi, peningkatan komunikasi serta bimbingan berterusan, DPMM percaya daya saing industri halal di Malaysia akan bertambah kukuh dan proses pensijilan halal menjadi lebih cekap, telus dan mesra usahawan.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) Jawahar Ali turut berpendapat, sistem pengurusan pensijilan halal perlu ditambah baik. Walau bagaimanapun sehingga kini pihaknya tiada masalah sepanjang berurusan dengan pihak Jakim.

Dalam pada itu, DPMM mengharapkan supaya sistem dapat diselaraskan dengan lebih baik diantara Jakim dan jabatan agama Islam negeri lain tanpa menghadapi peraturan berbeza.

Kredit – FMT

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Sindiket “Counter Setting”. RM800,000 Ditemui Dirumah Dua Pegawai Imigresen.