Azmin cabar MB Johor Tubuh Kerajaan Perpaduan Jika BN Menang PRK Mahkota
Azmin Ali mencabar Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan Kerajaan Perpaduan dibentuk di negeri Johor sekiranya BN memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Kuala Lumpur, 19 Sept 2024, 5.00 petang – KETUA Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk SeriĀ  Azmin Ali, mencabar Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan atau mencadangkan supaya dibentuk Kerajaan Perpaduan di negeri Johor sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 September ini.

Azmin berkata, memandangkan di Johor masih tiada Kerajaan Perpaduan, Onn Hafiz seharusnya bersikap terbuka dan adil kerana beliau dan BN mendapat sokongan yang penuh dari parti komponen yang lain iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang menyokong UMNO selama dua tahun ini.

Azmin berkata Onn Hafiz perlu bersikap jujur dan ikhlas apabila bercakap mengenai perpaduan rakyat terutama mengenai perpaduan diantara BN dan PH di Johor untuk menimbulkan semangat kerjasama dalamĀ  hubungan politik yang baik bagi menuju ke arah pembentukkan Kerajaan Perpaduan.

Azmin berkata lagi, selama dua tahun komponen Kerajaan Perpaduan tidak mendapat apa-apa seperti tidak mendapat sebarang manfaat dari kerjasama yang dijalankan. Azmin terus mendesak supaya Onn Hafiz menerima cabarannya itu atas dasar keadilan dan kesaksamaan bagi merealisasikan semangat Kerajaan Perpaduan di Johor.

Didalam ceramahnya, Azmin bertanya sejauh mana pembentukan Kerajaan Perpaduan dapat diterjemahkan di negeri ini sekiranya calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah dapat mengekalkan mandat BN? Adakah sekadar kerjasama untuk menghadapi pilihanraya kecil sahaja?

Menurut Azmin, sudah dua tahun parti komponen lain mendokong kerajaan BN di Johor. Tetapi masih tiada pembentukan Kerajaan Perpaduan dinegeri itu. Selain itu jawatan lain pun masih tidak diberi kepada rakan parti komponen yang lain contohnya seperti jawatan Ketua Kampung, Ahli Majlis dan GLC. Itu sebabnya terdengar desas desus kemungkinan parti Amanah begitu marah.

Azmin mendakwa mustahil untuk berlakunya perkongsian kuasa jika BN menang di PRK Mahkota kerana terdapatnya gabungan politik yang tidak memperduli akan keperluan parti lain didalam gabungan. Ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan Onn Hafiz yang dilaporkan sebagai berkata, pada ketika ini tiada keperluan untuk Johor menubuhkan Kerajaan Perpaduan seperti di peringkat Pusat.

Menurut Onn Hafiz yang juga Pengerusi UMNO Johor,ini kerana kerajaan negeri pimpinan BN ditubuhkan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang diadakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kredit – Sinar

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

FOMCA Ingatkan Jakim, Hati-hati Dalam Mengumumkan Status Halal Sesebuah Syarikat.