Tiada Hasrat Untuk Jalinkan Semula Hubungan Politik Bersama PAS
Umno ada ketuanya yang memimpin dan jika PAS berhasrat untuk mengadakan sebarang bentuk kerjasama, seharusnya perlu berbincang dan berunding dengan presiden kami.

Kuala Lumpur, 16 Sept 2024, 10.00 malam – PADA pandangan pemimpin Umno, tidak nampak keikhlasan Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk menjalin semula kerjasama dengan parti itu dalam Muafakat Nasional (MN) dengan mengenepikan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Naib Presiden Umno, Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Abdul Hadi hanya mementingkan parti sendiri sahaja tanpa memikirkan dasar kepentingan Melayu dan sama sekali tidak berlandaskan Islam.

Menurut Wan Rosdy lagi, jika Abdul Hadi ikhlas dan memikirkan untuk menyatukan ummah diatas landasan kepentingan Melayu dan Islam, mengapa mesti ketepikan Presiden Umno? Perkara seperti itu hanya akan memecah belahkan Umno yang semakin hari dipandang semakin kukuh?

Umno ada ketuanya yang memimpin dan jika PAS berhasrat untuk mengadakan sebarang bentuk kerjasama, seharusnya perlu berbincang dan berunding dengan presiden kami. Ini kerana Umno meletakkan institusi presiden yang mengetuai parti untuk menentukan arah tuju parti,” kata Wan Rosdy pada kenyataan, hari ini.

Abdul Hadi ada membuat kenyataan masih mahu kerjasama dengan Umno tetapi ia hanya akan melibatkan sebahagian dari pemimpin Umno sahaja namun tidak dari kem atau Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

PAS dalam kenyataannya menegaskan akan berusaha untuk menarik sokongan pemimpin Umno bagi menghidupkan semula Mufakat Nasional (MN). Bukan sahaja pemimpin Melayu Bumiputera sahaja akan ditarik, malah bukan Islam yang tidak ekstrem juga akan dijemput masuk ke dalam MN. Hadi berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Muktamar PAS ke-70, di Kerdau, Temerloh.

Sementara itu, Setiausaha Veteran Umno Mustapha Yaakub berkata, kenyataan yang dibuat oleh Abdul Hadi itu adalah “kenyataan bodoh” dan merapu. Mustapha berkata, Tidak ada pemimpin Umno yang sanggup bersama PAS bagi menghidupkan semula MN. Semua pengkhianat yang disingkirkan telah bersama PAS.

Veteran itu terus menegaskan bahawa pemimpin atau ahli Umno yang digantung masih lagi sebagai ahli Umno dan tetap setia bersama parti ini. Abdul Hadi diharapkan tidak bermimpi disiang hari untuk menarik ahli atau pemimpin parti ini untuk menyertai MN.

Sementara itu, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi dipetik Berita Harian berkata parti itu sentiasa membuka pintu kerjasamanya. Tetapi segala-galanya perlu ikhlas dan tanpa meletakkan sebarang syarat sepertimama yang dinyatakan oleh Abdul Hadi itu.

“Mana mungkin nak kahwin, tapi letak syarat tak boleh terima ayah pasangan “Sesuatu permuafakatan itu perlu berasaskan kejujuran dan keikhlasan, ia umpama seperti sebuah perkahwinan”

Titah Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara, supaya semua sepakat mewujudkan permuafakatan dan menubuhkan Kerajaan Perpaduan (selepas PRU15), kenapa ditolak oleh PAS dan BERSATU? sedangkan 19 parti lain bersetuju untuk akur kepada titah Tuanku.

Sebab itulah asasnya adalah kejujuran dan keikhlasan,” katanya.

Kredit – MalaysiaKini

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Uncle Mike, Terima Anugerah Maulidur Rasul 2024.