Michael Tong Wai Siong, 55, tidak penah menyangka untuk bergelar bapa kepada tiga anak lelaki berlainan bangsa dan agama.

Kuala Lumpur, 16 Sept 2024, 6.00 petang – MICHAEL Tong Wai Siong, 55, lebih mesra dengan panggilan ‘Uncle Mike’ berkata, tidak penah menyangka untuk bergelar bapa kepada tiga anak lelaki berlainan bangsa dan agama. Paling teruja buat beliau adalah, diberi penghormatan menerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2024.

Menceritakan bagaimana bermula mengenali tiga beradik Melayu berkenaan bermula melalui minatnya terhadap kerja kebajikan dirumah-rumah amal menerusi program Kelab kereta yang disertainya. Ia bermula dengan pertemuan seorang kanak-kanak Melayu yatim piatu disebuah rumah anak yatim di Gombak Selangor lebih kurang 16 tahun lalu. Pada mulanya dia hanya mengambil seorang dari tiga beradik itu iaitu Rafei Ahmad Fauzi yang ketika itu berusia dua belas tahun untuk tinggal bersamanya.

Disebabkan timbul rasa kasihan kepada dua lagi adik beradik Rafie dan tidak mahu melihatnya bersedih kerana terpisah dengan dua lagi abangnya, maka Michael telah mengambil keputusan untuk mengambil ketiga-tiganya sebagai anak angkat dan tinggal bersamanya sehingga kini.

Michael juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada keluarganya yang turut terbuka hati untuk menerima ketiga-tiga anak angkatnya itu. Keluarganya bukan sahaja menerima anak-anak angkatnya malah memberi nasihat agar Micheal menjaga mereka dengan baik.

Kini, Rafei, 29, dan dua lagi adiknya, Rasyid, 28, dan Abdul Rahman, 24, yang kini sudah hampir 16 tahun bersamanya dan kasih sayang terhadap mereka tidak pernah pudar meskipun tiada pertalian darah dan tidak saling mengenali sebelum ini.

Perasaan paling gembira untuknya dan kenangan paling manis adalah, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan anugerah kepadanya. Michael merupakan penerima berbangsa Cina yang menerima anugerah penghargaan pada hari istimewa bagi masyarakat Islam itu. Michael begitu terharu dengan anugerah ini dan menganggap penghargaan ini sebagai inspirasi dan motivasi kepadanya untuk terus melakukan kebajikan dan tolong lebih ramai yang memerlukan.

Michael dan keluarga tidak menduga akan menerima penghargaan seperti ini dan sukar baginya untuk menggambarkan perasaan gembiranya dan bercampur baur. Kasih sayangnya terhadap tiga beradik tersebut diberkati dengan mendapat mendapat ketenangan tanpa ada masalah yang menghimpit.

Atas sikap murninya yang ditunjukkan dan membuktikan nilai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama itu, ahli perniagaan berkenaan diangkat sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) di sini pada hari ini.

Kredit – Sinar

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Bermaknakah Hari Malaysia Jika Hidup Bagai Dijajah Ditanah Air Sendiri?