Kuala Lumpur, 15 Sept 2024, 11.00 malam – TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada keperluan kepada restoran serta syarikat makanan dan minuman (F&B) Muslim diwajibkan memohon sijil halal Jakim.
Zahid yang juga Pengerusi Majlis Halal Malaysia, buat masa ini, tiada keperluan sedemikian yang dikenakan oleh kerajaan kerana tidak ada keputusan Kabinet yang mewajibkan semua restoran di seluruh atau mana-mana industri yang mengeluarkan makanan dan minuman (F&B) untuk memohon.
“Itulah sebabnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menjelaskan kedudukan sebenarnya pada Rabu ini. “Apa keadaan sebenarnya tentang cadangan kajian ke atas sijil halal, jangan paksa orang bukan Islam untuk mendapatkan sijil (halal),” ujarnya.
Pada 3 September yang lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mohd Na’im Mokhtar menyebut beberapa undang-undang perlu dipinda untuk melaksanakan sijil halal secara mandatori dan pelbagai agensi perlu terlibat untuk memastikan pematuhan.
Pada masa ini, sijil halal adalah pilihan untuk pengendali perniagaan makanan. Seperti yang diketahui oleh umum, Isu halal dan haram sudah lama berlarutan malah turut dimohon oleh pengusaha restoran bukan Islam.
Beberapa hari yang lepas, Isu pensijilan halal telah mencetuskan kontroversi apabila Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menjawab dengan berkata pelaksanaan pensijilan halal perlu dilakukan secara sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukannya paksaan.
Isu tersebut menjadi bertambah panas apabila berbagai pihak mengkritik kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Puteh tersebut dan berlaku tindakan saman kepada Ketua Pemuda Umno Malaysia, Dr Akmal Saleh yang didakwa oleh Teresa berikutan kenyataan Dr Akmal, ‘logo tidak halal’ ditampal pada dahi pemimpin DAP berkenaan.
Kredit – mstar
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: