Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM ) telah memaklumkan produk roti keluaran Global Ikhwan Utara tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). 

Kuala Lumpur, 15 Sept 2024, 9.00 malam – JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM ) telah memaklumkan produk roti keluaran Global Ikhwan Utara tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Dalam pada itu, pihak JAKIM telah pun berhubung dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap produk berkenaan.

Pihak JAKIM menegaskan, tindakan penguatkuasaan segera perlu diambil sekiranya didapati berlaku penyalahgunaan logo atau sijil halal pada produk. Ini boleh mengakibatkan syarikat tersebut dikenakan tindakan.

Perkara itu telah melanggar beberapa akta termasuk Akta Perihal Dagangan 2011 di bawah perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011,” tambah kenyataan itu.

Bukan semua makanan dan barangan boleh disebut sebagai halal walaupun mungkin ia dijual oleh pengusaha yang beragama Islam. Ia juga tidak boleh dianggap sesuai untuk orang Islam melainkan pihak berkuasa yang sah dan ditandakan dengan logo halal yang ditetapkan.

Tular dimedia sosial sebelum ini mengenai pertanyaan warganet terhadap roti pengeluaran syarikat tersebut tentang kesahihan logo halal JAKIM pada produk roti berkenaan.

Kredit – Buletin TV3

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

PAS Pahang Akan Benteras Perjudian Termasuk Kasino Andai Menang PRU-16.