Kenapa Syarikat Khairul Aming Tiada Tawaran Kerja?
Pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming membawa kakitangannya bercuti lima hari ke Pulau Pinang.

Kuala Lumpur, 15 Sept 2024, 12.oo malam – PEMPENGARUH media sosial dan usahawan sambal nyet yang terkenal, Khairul Aming telah mengejutkan warganet dengan memberikan kakitangannya  berehat dan cuti dengan gembira selama lima hari. Beliau membuat keputusan untuk menutup kedua-dua kilang miliknya di Kelantan dan membawa perkerjanya bercuti di bercuti di Pulau Pinang.

Sikap Khairul yang begitu mengambil berat dan penyayang terhadap perkerja, membuatkan mereka tidak mahu keluar dari syarikat itu dan dipercayai inilah yang membuatkan syarikat miliknya itu tidak pernah mempunyai jawatan kosong.

Menerusi video yang dimuat naik pada Khamis, Khairul berkongsikan aktiviti percutian bersama pekerjanya iaitu seramai 100 orang dan memberikan  mereka bilik hotel bertaraf lima bintang dengan pemandangan laut serta wang saku untuk membeli-belah.

Khairul berkata, percutian tersebut adalah aktiviti wajib yang dilakukannya oleh syarikatnya. Semasa didalam percutian,  tiada mesyuarat, ucapan, atau perbincangan mengenai KPI (Indeks Prestasi Utama). Semua orang sepatutnya berseronok dan berehat.

Terdapat perkerjanya  yang meluangkan masa menyaksikan matahari terbenam, sementara ada yang seronok berenang di kolam,” katanya yang merupakan anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan.

Selain dari beriadah ditepi laut, perkerja juga dibawa ke taman tema air dan bermain sukan air di pantai, di samping menyediakan hidangan buffet. Antara aktiviti yang dijalankan adalah, main escape park, parasailing, banana boat, jetski, explore bandar Georgetown, makan nasi kandar, grand dinner dan macam-macam lagi.

Salah satu acara yang menarik perhatian adalah hidangan di sebuah restoran nasi kandar terkenal yang menelan belanja hampir RM3,500. Satu pengalaman indah yang tidak akan dilupakan oleh semua perkerjanya.

“Alhamdulillah, ini adalah tahun keempat saya bersama mereka, dan mereka sangat setia kepada syarikat. Kami hanya ada dua produk, dan saya berdoa agar dapat terus berkongsi rezeki dengan kakitangan kami,” kata Khairul. Ada warganet yang berkata, “Patut la tak ada kerja kosong. Tengok macam mana KA layan pekerja dia. Macam dengan kawan-kawan je. Bercuti, bonus, semua mewah-mewah tapi dia sendiri tak pernah tunjuk mewah. Terbaik.”

Di ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa teruja, malah ramai yang ‘cemburu’ melihat para pekerja dimewahkan oleh majikan seperti Khairul Aming. Di ruangan komen yang sama, rata-rata warganet memuji Khairul kerana memberikan layanan cukup baik terhadap pekerja syarikatnya.

Malah ramai secara berseloroh cuba untuk menawarkan diri bagi bekerja di bawah perusahaan pempengaruh tersebut. Ada kerja kosong tak? Kerja tutup penutup sambal pon boleh, asalkan kerja bawah KA,” tulis Abe Wee.”Majikan yang diimpikan setiap orang,” kata Abed. Begitulah serba sedikit perasaan yang diluahkan oleh warganet terhadap Khairul.

Sebelum ini, Khairul Aming telah membuat kejutan raya kepada pekerjanya dengan membawa mereka membeli-belah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri serta berbuka puasa di hotel dan memberi bonus hari raya.

Kredit – Berita Harian

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

UITM Berhasil Mencungkil Cerdik Pandai Orang Melayu.