UITM Berhasil Mencungkil Cerdik Pandai Orang Melayu
Keputusan mewujudkan ITM suatu ketika dahulu adalah  untuk mencungkil anak Melayu cerdik pandai.

Kuala Lumpur, 14 Sept 2024, 12. 00 malam – BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keputusan mewujudkan ITM suatu ketika dahulu adalah tempat untuk mencungkil anak Melayu cerdik pandai. Tun mengulas lanjut, ianya memang berlaku apabila hasilnya melahirkan graduan yang tidak kurang hebatnya setaraf dengan universiti lain.

Pada pendapat Tun, anak Melayu boleh berjaya sebagai graduan sekiranya diberi peluang dan sudah tentu mereka berusaha seperti orang lain. Maka itu beliau sangat bersetuju apabila ada pihak yang mahu ITM dinaiktaraf sebagai Universiti

Tun teruskan bercerita mengenai sejarah UITM yang begitu dekat dihati beliau. Sempena Nostalgia 25 tahun Pengisytiharan ITM kepada UiTM yang begitu gah dipandang pada hari ini, Tun berasa terharu kerana UiTM kini menjadi universiti terbesar sekali di Malaysia,” katanya.

Sewaktu Tun masih menjawat jawatan perdana menteri, beliau telah mengumumkan pertukaran nama ITM kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan pada 26 Ogos lalu, genap 25 tahun transformasi nama dari ITM kepada UiTM

Tun menyampaikan pesanan kepada pelajar UITM ketika ini agar menggunakan peluang sebaiknya untuk menimba ilmu di pusat pengajian tersebut dan menjadi pelajar Melayu yang cemerlang untuk agama, bangsa dan negara.

Kredit – Kosmo

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Tindakan Akan Diambil Kalau Kaunter Tidak Dibuka – Ketua Pengarah JPJ.