
Kuala Lumpur, 14 Sept 2024 – SEBAGAI mana yang kita ketahui, dunia politik penuh dengan orang-orang cerdik pandai, orang-orang yang bodoh sombong dan tak kurang juga orang yang angkuh dan orang yang sangat baik. Baru-baru ini berlaku satu kisah yang dikatakan sindirian oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa parti Melayu dalam Kerajaan Perpaduan lemah.
Anwar telah membalas ucapan oleh Hadi itu dengan berkata, Tidak mengapa, dia (Abdul Hadi) seorang sahaja (yang) kuat,”. Kata Anwar selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Iman Kampung Desa Putra di sini, hari ini.
Didalam ucapan yang dibuat oleh Hadi pada Muktamar Dewan Pemuda Pas di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, Pahang, semalam, Hadi berkata, parti komponen kaum Melayu yang berada didalam Kerajaan Perpaduan sangat lemah dan tidak berkemampuan untuk berdepan dengan rakan parti sendiri yang bukan beragama Islam untuk menangani isu pensijilan halal Jakim.
Hadi mendakwa, parti yang berlandaskan Melayu dan Islam yang ada didalam kerajaan masih gagal mempertahankan kesucian agama Islam apabila masih ada lagi rakan bukan Islam didalam komponen mereka berani mencampuri hal ehwal Islam .
Hadi telah mengajak parti yang berada didalam Kerajaan Perpaduan untuk keluar daripada komponen tersebut dan menasihat mereka jangan bersekongkol dengan parti bukan Islam yang mencampuri urusan agama Islam .
Terdahulu, Perdana Menteri diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, menunaikan solat bersama kira-kira 1,000 jemaah di masjid berkenaan.
Beliau yang lengkap berbaju Melayu warna biru turut mendengar khutbah bertajuk ”Mencintai Rasulullah SAW’ yang disampaikan Ustaz Bilal Kamarudin. Selepas menunaikan solat Jumaat, Perdana Menteri meluangkan masa bersalaman dan beramah mesra dengan jemaah sebelum beredar.
Kredit – Berita Harian
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: