Kuala Lumpur, 12 Sept 2024, 12.00 malam – YOUTUBE dan pelawak, Nigel Ng yang lebih popular dikenali sebagai Uncle Roger telah membuka restoran pertamanya di Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur semalam.
Pembukaan pada hari pertama itu menyaksikan orang ramai menunggu seawal pukul 6 pagi di hadapan pusat membeli belah tersebut agar tidak melepas peluang merasai menu sajian di restoran ‘FUIYOH! It’s Uncle Roger’ bertempat di tingkat tujuh Pavilion. Ia mendapat sambutan yang luar biasa dari peminat yang begitu meminati beliau.
Sejak dari pagi lebih 20,000 ciapan menggunakan tanda pagar (#) uncleroger yang membuatkan beliau menjadi lebih tersohor di laman x.
Menerusi semakan Kosmo! di TikTok @Foodie, pempengaruh, Pin Yang juga tidak melepaskan peluang untuk menemu ramah Nigel dan bertanya kepadanya mengenai status halal restorannya.
Menurut Nigel, beliau berharap agar pensijilan halal Jakim yang dimohonnya dari awal akan dipercepatkan.
Kami sedang mohon sijil halal daripada Jakim. Jakim cepat sedikit. Kenapa begitu lama? Cepat-cepat bagi saya sijil,” seloroh Uncle Roger menerusi video yang dikongsikan @Foodie semalam.
Kredit – Kosmo
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Coach Haizan Menjadi Taruhan Perikatan Nasional Di PRK DUN Mahkota.