Coach Haizan Menjadi Taruhan Perikatan Nasional Di PRK DUN Mahkota.
Calon dari Perikatan Nasional (PN) yang baru dipilih iaitu Mohamad Haizan Jaafar, 58.

Kuala Lumpur, 12 Sept 2024, 11.00 malam – PILIHAN Raya Kecil yang akan berlangsung pada 28 Sept 2024, akan menyaksikan pertembungan diantara calon dari Perikatan Nasional (PN) yang baru dipilih iaitu Mohamad Haizan Jaafar, 58, dan calon dari UMNO/BN iaitu Syed Hussien Syed Abdullah.

Mohamad Haizan atau pun lebih dikenali sebagai Coach Haizan merupakan Ahli Jawatankuasa Bersatu Bahagian Kluang. Pemilihan Haizan sebagai calon telah pun diumumkan oleh Ketua pembangkang Hamzah Zainuddin pada majlis di Kluang malam tadi. Pengumuman itu juga telah mendapat sambutan sorakan hadirin.

Menurut Ketua PAS Johor Abdullah Husin, beliau dapat menggambarkan bahawa Haizan seorang yang dikenali oleh semua lapisan masyarakat dan sudah tentu akan mendapat sokongan dari semua kaum. Haizan adalah calon yang sesuai untuk memberi tentangan yang sengit kepada calon dari Umno iaitu Syed Hussien Syed Abdullah yang dicalonkan dua hari lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 28 September manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing adalah pada 14 dan 24 September. Ia diadakan susulan kematian penyandang kerusi, iaitu Allahyarhamah Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu sewaktu menerima rawatan.

Pada pilihan raya Johor 2022, Sharifah menang majoriti selesa 5,166 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Muhammad Taqiuddin Cheman dan calon dari Perikatan Nasional (PN) Mohamad Nor Lingan dengan 7,614 undi (21 peratus daripada jumlah keseluruhan undi).

Kredit – MalaysiaKini

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Sekiranya Tidak Melanggar Undang-Undang, PN Akan Menerima Semua Syarat.