Kuala Lumpur, 04 Sept 2024, 11.00 malam – TIMBALAN Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Perikatan Nasional akan mengkaji semua syarat dan hanya akan menerima syarat yang ditetapkan dalam Memorandum Persefahaman (MoU) peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang sekiranya ia tidak melanggar undang-undang dan Perlembangaan Persekutuan. Beliau juga berkata ketujuh-tujuh syarat yang diajukan perlu diteliti dan dikaji.
Tuan Ibrahim juga merasa kecewa dengan dengan tujuh syarat yang diberikan sedangkan sebelum ini Perdana Menteri dalam sidang Parlimen mengatakan tiada syarat bagi Ahli Parlimen pembangkang untuk mendapatkan peruntukan. Apa yang perlu hanyalah perbincangan diantara kedua-dua belah pihak.
Walau bagaimanapun, Tuan Ibrahim enggan menjelaskan isi kandungan tujuh syarat tersebut. Beliau juga berkata, kerajaan perlu mengagihkan peruntukan kepada negeri seperti Kedah, Kelantan, Perak dan Selangor tanpa mengenakan sebarang syarat.
Kita tidak mahu wujudkan prosiding yang mengikat pada masa hadapan. Apa yang penting ialah reformasi institusi Parlimen perlu dilaksanakan dan disegerakan,” katanya.
PN telah mendedahkan sebelum ini, beberapa syarat yang dikenakan oleh Kerajaan Perpaduan bagi membolehkan pihak pembangkang mendapat peruntukan dan ianya perlu dipenuhi oleh Ahli Parlimen pembangkang.
Menurut Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, tujuh syarat yang dikenakan kepada Ahli Parlimen pembangkang diterima pada 6 Ogos 2024. Antara syarat yang digariskan adalah, pengisytiharan harta, sokongan kepada kerajaan hingga tamat penggal Parlimen Ke-15 dan perkara berkaitan bangsa, agama dan Raja-Raja (3R).
Kredit – Berita Harian
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: