Kilang Seri Kaya Diserbu. Guna Logo Halal Tidak Sah.
Pemeriksaan lanjut dibuat dan didapati pemilik perniagaan telah gagal mengemukakan Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

Kuala Lumpur, 11 Sept 2024, 11.00 malam – KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, telah membuat serbuan disebuah kilang memproses seri kaya di Taman Glenview, Kamunting. Serbuan tersebut dibuat kerana mensyaki kilang berkenaan telah menggunakan logo halal tanpa kebenaran pihak berkuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail, berkata, sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Negeri Perak, dari Cawangan Taiping telah membuat serbuan tersebut lebih kurang pukul 10.45 pagi.

Melalui pemeriksaan, kilang ini memproses produk makanan iaitu seri kaya (jem). Melalui pemeriksaan selanjutnya telah didapati ada logo halal pada bungkusan seri kaya terbabit pada produk akhir. Produk seri kaya ini dipercayai diedarkan disekitar negeri Perak dan Pulau Pinang.

Pemeriksaan lanjut dibuat dan didapati pemilik perniagaan telah gagal mengemukakan Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah. Ekoran dari itu, satu tindakan kes telah diambil di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 kerana disyaki telah menggunakan logo halal tanpa kebenaran pihak berkuasa JAKIM.

KPDN telah menyita sebanyak 65 unit produk seri kaya yang siap dan 2,000 unit bekas plastik tertera logo halal tidak sah digunakan untuk tujuan perdagangan. Turut disita adalah dokumen berkaitan produk dan keseluruhan nilai barangan yang dirampas adalah dianggarkan RMRM452.25.

Diperingkat awal operasi, kilang ini mempunyai sijil halal namun ia telah tamat tempoh. Oleh itu kes terus disiasat bawah Perintah 8(a), Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 iaitu kesalahan memperaku mana-mana makanan itu adalah halal,” katanya.

Jika pesalah bukan pertubuhan perbadanan, boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Kamalludin berkata, menggunakan perakuan dan penandaan halal terhadap produk makanan atau barangan keluaran yang melanggar undang-undang akan didakwa mengikut akta Perihal Dagangan 2011,” katanya.

Untuk membuat aduan, orang ramai bolehlah menyalurkan kepada KPDN untuk tindakan selanjutnya melalui saluran seperti Aplikasi WhatsApp KPDN menerusi talian 019-848 8000, portal e-aduan KPDN https://eaduan.kpdn.gov.my, pusat panggilan 1 800 886 800, aplikasi telefon pintar EZ ADU KPDN di Google Play atau App Store.

“Kredit – Bernama

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

OKU Mencari Rezeki Dengan Berniaga Air Botol Mengundang Sebak Orang Ramai.