
Kuala Lumpur, 11 Sept 2024, 6.00 petang – SESIAPA pun akan merasa sebak apabila melihat seorang remaja kurang upaya (OKU) mencari rezeki dengan berniaga air botol. Itu lah yang dinamakan kegigihan dan semangat untuk meneruskan kehidupan.
Walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan, remaja yang dikenali sebagai Aniq Fitri ini sentiasa nampak ceria walaupun sukar untuk bertutur dengan jelas.
Berdasarkan perkongsian video dari pengguna @Truelynogorisembilan di TikTok, Aniq dilihat sedang mencari rezeki dengan menjual air sambil menaiki sebuah motosikal yang diparkir di hadapan sebuah pasar raya di Seremban.
Perwatakan dan semangat remaja OKU ini sangat mengkagumkan kerana tidak menjadikan kekurangan dan kecacatan diri sebagai alasan untuk tidak mencari pekerjaan dan berdikari.
Terdapat beberapa orang yang melihat Aniq sebagai satu inspirasi dan tidak kurang yang merasa malu kerana diri mereka yang sempurna tetapi tidak sekuat remaja OKU itu.
Pengguna Tik Tok yang mengikuti kisah Aniq ini tidak menyedari air matanya mengalir. Dia mengatakan dirinya tidak mampu melihat perkara seperti ini sambil memohon doa agar Aniq sentiasa berada didalam lindungan Allah dan dimurahkan rezeki. kata @MadameLLyeen.
Awak hebat sangat, kakak bangga. Walaupun kekurangan tapi masih usaha cari rezeki,” komen @PuteriIntan5655. Katanya.
“Kurang apa lagi aku ya Allah,” luah @Atyrahamane.
Kredit – Kosmo
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
DAP Kekal Bantu Umno Di PRK Mahkota Walau Selisih Faham Isu Jakim.