Kuala Lumpur, 11 Sept 2024, 1.00 petang – KETUA Wanita DAP, Teo Nie Ching, berkata, perbezaan pandangan dalam sesuatu isu merupakan sesuatu yang biasa dan itu tidak mematahkan semangat DAP untuk kekal membantu UMNO dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota tidak lama lagi.
Walaupun berlaku sedikit perselisihan faham mengenai isu pensijilan halal oleh segelintir pemimpin kedua-dua parti, ia tidak akan menjejaskan kerjasama antara DAP dan UMNO, serta Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
Didalam berbagai isu, banyak pihak yang memberi pandangan. Bagaimana kita memberi jawapan apabila ditanya dan bagaimana kita mengutarakan soalan perlu dengan berhemah dan paling penting adalah bagaimana kita menjaga bahasa pertuturan agar tidak dianggap seperti tiada budi bahasa. Walau apa pun itu semua adalah perkara biasa.
Pada pendapat Nie Ching, didalam berkempen, pembangkang akan memainkan berbagai isu, namun, mereka telah bersedia untuk menjawab semua soalan yang diajukan termasuk isu pensijilan halal dan sebarang bentuk soalan
mengenai isu rakyat.
Ini bukanlah perkara yang diputuskan oleh Jemaah Menteri. Untuk itu kita mengalu-alukan pelbagai pandangan supaya dapat keputusan lebih komprehensif sebelum sebarang ketetapan dibuat,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kulai.
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, pihaknya selesai merakam keterangan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berhubung isu pensijilan halal.
Kredit – Berita Harian
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Tempoh Tugas Pegawai Imigresen Di pintu Masuk Utama Negara Dipendekkan – Ruslin