Waktu Tugas Pegawai Imigresen Di pintu Masuk Utama Negara Dipendekkan – Ruslin
Tempoh tugasan kakitangan Imigresen dipintu utama negara akan dipendekkan antara tiga bulan hingga setahun.

Kuala Lumpur, 10 Sept 2024, 12.00 malam – KETUA Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Ruslin Jusoh berkata, tempoh tugasan kakitangan Imigresen dipintu utama negara akan dipendekkan antara tiga bulan hingga setahun jika diperlukan berbanding lima tahun ketika ini dengan menukarkan pegawai yang telah bertugas terlalu lama dan didapati tidak sesuai bertugas.

Ini dilakukan menerusi kaedah pusingan kerja dalam usaha menangani masalah salah laku. Imigresen akan membuat pusingan kerja berterusan termasuklah di pintu masuk utama seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Kompleks Sultan Abu Bakar, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Menurut Ruslin, tiada kompromi terhadap pegawai Imigresen yang melanggar undang-undang dan akta, peraturan, prosedur operasi standard (SOP) dan arahan tetap ketua pengarah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Imigresen, semalam. Negara perlukan seorang pegawai Imigresen yang berintegriti. Katanya.

Pihak Imigresen dan beliau sendiri sering melakukan lawatan mengejut dipintu-pintu masuk utama untuk memastikan semua pegawai yang bertugas bekerja mengikut SOP yang ditetapkan tanpa melanggar umdang-undang. Antara tahun lalu hingga kini, sebanyak 277 pemeriksaan mengejut dilakukan.

Kredit – Malaysia Gazette

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Restoran Yang Tidak Sajikan Daging Babi Dan Alkohol Tidak Wajib Sijil Halal.?